View
230
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
1/25
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Solat merupakan asas pembentukan keislaman dalam diri individu seseorang
muslim. Ia wajib ditunaikan mengikut kaifiat dan tatacara yang telah ditentukan oleh
syariat Islam . Ibadat solat juga merupakan tiang agama. Ini menunjukkan bahawa
solat amat penting dalam Islam, iaitu sebagai asas atau sendi tegaknya bangunan
Islam. Ibadat solat adalah modal bagi setiap umat Islam kerana semua amalan kita
akan diterima sekiranya Allah menerima solat yang kita kerjakan. Hal ini dapat
diperkukuhkan lagi sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. bahawa solat adalah
amalan paling utama dan yang pertama sekali akan dihisab, jika baik solat seseorang
itu, maka baiklah amalannya yang lain, begitulah pula sebaliknya.
Membaca al-Quran dan mendirikan solat merupakan dua perkara asas yang
amat dituntut untuk diamalkan oleh setiap individu yang beragama Islam. Fenomena
hari ini memperlihatkan bahawa ramai dikalangan masyarakat Islam yang kurang
melaksanakannya.Menurut kajian Mohd Suhardi (2004), beliau mendapati bahawa
tahap kecaknaan solat fardhu adalah berbeza-beza dikalangan remaja Islam.
Buktinya ialah peratusan pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu secara
konsisten hanyalah sebanyak 53.2% manakala bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi
berpendapat mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan ibadat solat fardhu. Sifat
malas dan sibuk dengan urusan lain merupakan diantara sebab utama kebanyakkan
pelajar remaja meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
2/25
2
77.8% responden memberi jawapan bahawa punca utama mereka meninggalkan solat
fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan urusan lain.
Oleh yang demikian, penyelidik tergerak hati untuk mengkaji secara lebih
mendalam tentang punca keadaan ini berlaku. Namun, kajian ini hanya dapat
dijalankan terhadap sebilangan kecil responden sebagai titik permulaan. Diharap
kajian ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih
luas bagi mengatasi masalah ramainya individu muslim yang tidak tahu membaca al-
Quran dengan baik lalu mendorong kepada mereka meninggal solat. Al-Quran dan
solat mempunyai pertalian yang rapat dalam kehidupan seseorang muslim,dimana
orang Islam dituntut mempelajari, memahami dan menghayati ayat-ayat al-
Quran,termasuklah membacanya ketika mendirikan solat.
1.2 Penyataan Masalah
Kajian mengenai kecenderungan mengerjakan amalan solat fardhu 5 waktu
dalam kalangan murid-murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Pelong ini dibuat bagi
mengkaji adakah murid-murid mengerjakan amalan solat fardhu di dalam kehidupan
seharian mereka.
Dalam kajian ini juga, penguasaan terhadap rukun-rukun di dalam solat sama
ada rukun feli ataupun Qauli merupakan amalan yang mendasari kesempurnaan
ibadat paling agung, di mana ibadah yang pertama dihisab oleh Allah s.w.t. di hari
akhirat ialah solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Apabila seseorang itu, tidak menguasai bacaan, maka tentulah akan
menyebabkan ibadat solatnya menjadi tidak sempurna. Bagi menyempurnakan
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
3/25
3
ibadat solat seseorang itu mestilah menguasai kedua-dua rukun tersebut dengan baik
dari segi kelancaran bacaannya dan juga perbuatan dalam solat.
Dewasa ini, dunia yang kita diami sedang ditimpa pelbagai kesulitan
dan keresahan. Hampir segenap manusia yang berakal sekarang ini menghadapi
keresahan didalam hidupnya. Kebimbangan dari sudut ekonomi, rumahtangga,
politik dan sebagainya seringkali menjadi beban yang harus dihadapi. Kerungsingan
yang paling ketara ialah yang berupa kealpaan kepada Allah sekaligus
membelakangkan ajaran-ajaran yang diajar dan diperintahkan untuk dilaksanakan.
Penyelidik ingin mengetahui latar belakang pendidikan ibadah sebelum ini
serta pengaruhnya terhadap sikap rajin untuk menunaikan solat lima waktu. Seiring
dengan itu, penyelidik turut berminat untuk mengkaji sama ada aktiviti yang
dijalankan di sekolah menjadi bebanan kepada mereka sehingga sukarnya untuk
melaksanakan ibadat solat atau sebaliknya.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengenal pasti kekerapan menunaikan solat fardhu di kalangan
murid-murid Tahap Dua.
1.3.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan
mengerjakan solat fardhu.
1.3.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalangi minat mereka untuk
mengerjakan solat fardhu.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
4/25
4
1.4 Soalan Kajian
1.4.1 Berapakah bilangan solat yang ditunaikan oleh murid tahap dua?
1.4.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka mengerjakan solat
fardhu?
1.4.3 Apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada mereka untuk
mengerjakan solat wajib?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuaan meningkatkan tahap kecaknaan pengamalan
solat fardhu dikalangan murid-murid tahap dua. Pelbagai kaedah yang digunakan
untuk menarik minat murid supaya lebih cenderung untuk mengerjakan ibadat solat
fardhu.
1.5.1 Kepentingan Untuk Murid
Kajian ini dibuat untuk kepentingan murid pada tahap permulaan untuk
mengenal pasti mereka menguasai ibadah solat pada peringkat asas. Adalah
diharapkan amalan mengerjakan solat akan terpahat dan terukir dalam sanubari dan
berterusan hingga ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya menjelma dalam
kehidupan mereka hingga ke akhir hayat. Penguasaan rukun-rukun solat yang baik
akan dapat membantu mereka menunaikan solat dengan betul dan lebih sempurna
serta diharapkan diterima oleh Allah .
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
5/25
5
1.5.2 Kepentingan Untuk Guru
Kajian ini penting bagi guru kerana ianya dapat membantu guru
mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran ibadah terutama berkaitan dengan ibadat solat di
sekolah. Guru-guru akan dapat mengenal pasti tahap penguasaan amalan
mengerjakan solat fardhu di kalangan murid-murid Tahap dua sebelum mereka
melangkah ke sekolah menengah. Seterusnya guru dapat membuat penambahbaikan
terhadap aktiviti yang akan dijalankan. Guru yang kreatif dan inovatif akan berusaha
sedaya upaya yang termampu bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai
kemahiran dan rukun-rukun solat dengan lebih cepat dan berkesan. Adalah
diharapkan keikhlasan guru dalam melaksanakan tanggungjawab menjadi inspirasi
dan menerapkan nilai-nilai murni yang luhur di kalangan murid-murid.
1.5.3 Kepentingan Untuk Sekolah
Diharap kajian ini dapat merungkai persoalan yang membelenggu warga
sekolah. Hasil dari kajian ini, diharapkan pentadbir sekolah dapat mengadakan gerak
gempur bagi meningkatkan lagi amalan mengerjakan solat fardhu di kalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Pelong dan akan menjadikan Sekolah Kebangsaan Pelong
sebagai sekolah cemerlang dan ber prestasi tinggi menjelang 2020.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
6/25
6
1.5.4 Kepentingan Untuk Jabatan Pelajaran
Pengkaji juga membuat penyelidikan terhadap modul-modul yang telah
dihasilkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti
daripada aspek solat, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan seperti
Kem Bestari solat bagi mengenal pasti keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan oleh
guru-guru di sekolah. Impak daripada kajian ini, memberi ruang kepada pihak
jabatan membuat penambahbaikan terhadap program-program yang telah
dilaksanakan, selaras dengan kehendak jabatan, murid-murid dapat mengerjakan
solat dengan lebih sempurna sejak di sekolah rendah lagi.
1.5.5 Kepentingan Untuk Kementerian Pelajaran
Satu program yang telah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri yang
Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, iaitu memperkenalkan program j-QAF
di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 telah memberi satu inovasi baru
kepada guru-guru Pendidikan Agama Islam. Salah satu bidang yang ditekankan
dalam program ini ialah solat, di mana program Kem Bestari Solat mestilah
dijalankan dan mendapat peruntukan yang khas daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Inilah salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan penuh
iltizam bagi memastikan keberkesanan program tersebut di kalangan murid-murid.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
7/25
7
1.5.6 Kepentingan Untuk Masyarakat Umum
Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran solat di sekolah bagi memastikan amalan
mengerjakan solat menjadi tunjang utama dan terus berkembang subur dalam
masyarakat Malaysia dimana Islam adalah agama rasminya.
Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan secara khusus bagi
menangani masalah berkaitan penguasaan amalan mengerjakan solat fardhu di
kalangan murid-murid. Justeru itu, penulis berpandangan tajuk yang diutarakannya
adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan
lagi amalan mengerjakan solat terutamanya di Sekolah Kebangsaan Pelong,
khususnya di daerah Setiu dan di Malaysia amnya.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini terhenti untuk murid-murid sekolah rendah luar Bandar di daerah
Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terengganu tanpa melibatkan sekolah
lain. Sekolah ini terletak kira-kira 35 km dari Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.
Sekolah ini mempunyai 180 orang murid dan 18 orang guru serta 3 orang
kakitangan. Taraf sosio ekonomi penduduk di sini adalah sederhana terdiri daripada
bekerja sendiri, penoreh getah, petani dan bekerja di ladang kelapa sawit. Kajian ini
dijalankan ke atas murid-murid Tahap Dua seramai 80 orang iaitu murid tahun 4,
tahun 5 dan tahun 6.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
8/25
8
1.7 Definisi
a) Permasalahan Menurut Kamus Dewan Edisi (2005): Sesuatau atau segalayang menjadi masalahpelbagai masalah.
b) Amalan - Menurut kamus Dewan Edisi 4 (2005) : Sesuatu yang dilakukanatau dilaksanakan sebagai sesuatu kebiasaan.
c) Keprihatinan - Menurut kamus Komprehensif Bahasa Malayu(2005):Kesungguhan dalam mengambil berat akan sesuatu perkara.
d) SolatSembanhyangi) Menurut Kamus Dewan Edisi (2005): Perbuatan menyembah Allah.ii) Menurut Kitab fathul Mukmin:
a) Pada istilah bahasa ialah doab) Menurut istilah syarak ialah perbuatan dan bacaan yang khusus
yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan
salam.
Menurut Abdul Halim Mahmud (1981) pula, Sembahyang dalam kaca mata
Islam ialah tiang agama, siapa yang mendirikannya sama seperti mendirikan agama,
dan siapa yang meninggalkannya sama seperti merobohkan agama. Perumpamaan
sembahyang di dalam hidup seorang Muslim, laksana sungai yang airnya melimpah
ruah mengalir hingga ke pintu rumah kamu dan orang itu boleh mandi dari air sungai
itu setiap hari lima kali.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
9/25
9
Mustafa Masyhur (1987). Kedudukan sembahyang di dalam agama Islam
adalah seumpama kepala pada tubuh manusia. Ia adalaah tiang pengukuh, rukun dan
syiar atau lambing agama Islam. Ia juga sebagai pembeza di antara orang beriman
dengan orang yang tidak beriman, sebagai Penjaga dan Pemelihara Iman, sebagai tali
perhubungan di antara hamba dengan Penciptanya, sebagai penyejuk mata dan
penenang jiwa. Sembahyang merupakan sebaik-baik cara atau teknik bagi mendidik
jiwa dan menyegarkan roh insan serta membentuk akhlak.
Berdasarkan Mustafa Abd. Rahman (1989). Sembahyang dapat mendidik
fikiran, hati dan jiwa manusia ke arah kesucian dan kemuliaan. Ia juga berupaya
membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan sejahtera dan terpelihara daripada
segala anasir yang menyebabkan kerosakkan serta terhindar daripada melakukan
sebarang tindakan dan perbuatan di luar batas-batas kesopanan. Sembahyang adalah
salah satu alat pendidikan yang amat penting di dalam pengajaran Islam untuk aspek
pembersihan dan penyucian jiwa manusia kerana kesucian hati adalah sumber segala
kebaikan dan kehalusan budi.
e) Kalangan - Menurut kamus Dewan Edisi(2005)Lingkungan, golongan.
f) Murid Tahap 2 - kanak-kanak yang belajar di tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
10/25
10
1.8 Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah murid cakna dalam
menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam dan juga mencari faktor-
faktor yang menyebabkan murid tidak berminat untuk menunaikan solat
fardhu. Hasil dari kajian ini di harap para guru dapat membuat
penambahbaikan dalam kaedah dan teknik semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Selain dari itu, faktor dorongan dan kerja sama
daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan ada peningkatan tahap
amalan solat fardhu di kalangan anak-anak mereka.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
11/25
11
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.1.1 Sejarah Kewajipan Solat
2.1.2 Hukum Meninggalkan Solat
2.2 Literatur Berkaitan
2.3 Rumusan
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
12/25
12
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tinjauan pengkaji yang lepas berkaitan amalan solat.
Pengkaji ingin mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi perlaksanaan ibadah
solat fardhu. Justeru itu, program-program yang melibatkan program kesedaran dan
bimbingan rakan sebaya perlu digerak cergaskan untuk mengaktifkan amalan dan
pelaksanaan ibadat solat itu sendiri.
2.1.1 Sejarah Kewajipan Solat
Menurut pendapat yang masyhur dari kalangan ahli sejarah, ibadah
sembahyang mula diwajibkan pada malam Isra iaitu 5 tahun sebelum hijrah.
Ibadah sembahyang menjadi fardhu ain (wajib) ke atas setiap mukallaf (berakal dan
baligh). Sebuah hadis dari Anas, beliau menyatakan :
diwajibkan sembahyang ke atas Rasulullah pada malam Isra dengan lima puluh
waktu kemudian is dikurangkan lagi sehingga menjadi 5 waktu. Setelah itu
Rasulullah diseru Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan disisi-Ku tidak
berubah. Seseunggguhnya bagimu 5 waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu
sembahyang. ( HR. Ahmad & an-Nasaie).
Apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur 7 tahun maka hendaklah
disuruh melakukan sembahyang dan apabila ia mencapai umur 10 tahun maka
hendaklah dipukul dengan tangan jika ia masih ingkar. Rasulullah bersabda:
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
13/25
13
Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah
mereka semas umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka.
(HR Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)
Kewajipan melakukan ibadah sembahyang sehari semalam hanyalah 5 waktu dan
kita sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Rasulullah S.A.W telah berpesan
kepada Muaz sebelum beliau diutuskan oleh baginda ke Yaman, Beritahulah
kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas mereka 5 kali
sembahyang dalam sehari semalam.
2.1.2 Hukum Meninggalkan Solat
Para ulama telah sepakat menyatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada
hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini
kerana kewajipan telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma
Ulama. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang
berakal,baligh dan berada dalam keaadan suci. Pengertian suci ialah tidak ketika
datang haid atau nifas,tidak berada dalam keadaan gila atau pitam. Bagi sesiapa
yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan
mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang
fasiq dan penderhaka. Rasulullah S.A.W telah bersabda Yang membezakan
seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang.
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:
Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang
melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
14/25
14
menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak
melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah)
mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya.
(HR Ahmad, Abu Daud dan Al-Nasaei)
2.2 Literatur Berkaitan
Persoalan yang berkaitan dengan amalan solat telah Berjaya menarik minat
penyelidil sejak dari dulu hinggalah ke hari ini. Antara golongan responden yang
telah dikaji ialah murid-murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, golongan
remaja, kakitangan kerajaan dan swasta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan
pekerjaan sama ada di dalam Bandar mahupun luar Bandar. Meskipun objektif
kajian agak sedikit berbeza di antara satu sama lain, namun persoalana pokok yang
dibincangkan ialah tentang amalan solat.
Amalan pengajaran yang berkesan, akan berfungsi menghasilkan pembelajarn
yang efektif dalam bilik darjah (Al-Syaibani 1991; Atan Long 1993;Ahmad Mohd
Salleh 1997; Mohd Yusuf Ahmad 2000 dan Mok Soon Sang 2000). Pelajar
hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran ( al-Hashimi 1994;
Burden et al. 2003 dan Rohizani et al.2005) dan pengajaran guru juga hendaklah
dirancang di samping member pertimbangan kepada kepelbagaian pelajar ( Ahmad
Mohd Salleh 1997; Mohd Yusuf Ahmad 2000 dan Mok Soon Sang 2000). Apatah
lagi dalam pengajaran Ibadah solat, ia mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan
setiap komponen mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran Ibadah Solat
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
15/25
15
melibatkan kemahiran lisan, teori dan amali ( Kementerian Pelajaran Malaysia
2004).
Memandangkan pengajaran Ibadah solat melibatkan pengajaran kemahiran, maka
berdasarkan Rohizani et. al. (2005), mengajar kemahiran perlu menekan kepada
arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan pelajar. Di samping itu juga, dalam
usaha untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan, guru perlu menguasai isi
kandungan mata pelajaran dan peka terhadap gaya pembelajaran pelajar serta strategi
pengajaran dan pembelajaran (Shulman 1987).
Merujuk kepada amalan pengajaran ibadah solat yang berkesan, maka guru
pendidikan Islam juga perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah san teknik
yang digunakan semasa mengajar Ibadat Solat. Menurut Abdul Raof (1993)
gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi , pendekatan, kaedah
dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan.
Berkaitan dengan strategi pengajaran, menurut Ibnu Khaldun (2000), guru hendaklah
memastikan setiap isi pengajaran dan masalah yang timbul semasa proses pengajaran
dan pembelajaran diselesaikan dahulu sebelum berpindah kepada topik yang lain.
Oleh itu, dalam pengajaran ibadah solat, guru hendaklah memastikan para pelajar
benar-benar dapat menguasai isi pelajaran yang diterangkan oleh guru, agar para
pelajar tidak berterusan gagal menguasai kemahiran bacaan- bacaan dalam
sembahyang, teori dan amali dengan sepenuhnya.. setelah guru yakin pelajar telah
Berjaya menguasai kemahiran yang diajar, barulah guru berpindah ke tajuk
pengajaran yang seterusnya.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
16/25
16
Manakala pendekatan yang digunakan untuk mengajar adalah pelbagai,
misalnya daripada konkrit ke abstrak, daripada mudah kepada kompleks, daripada
keseluruhan kepada bahagian, daripada umum kepada khusus, daripada spesifik
kepada umum, daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada belum
diketahui (Ab Halim Tamuri 2006). Kesesuaian pendekatan pengajaran berkait rapat
dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru ( Ahmad Mohd Salleh 1997 dan
Sulaiman Ngah Razali 1997). Oleh itu untuk amalan pengajaran Tilawah al-Quran
yang berkesan guru hendaklah memilih pendekatan yang sesuai. Hal ini kerana tidak
ada satu pendekatan yang dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi
semua pelajar dalam semua keadaan.
Kajian Mohd Abul Halim (2000) mendapati bahawa, tahap penguasaan solat
bagi murid aliran agama adalh amat memuaskan iaitu 100% berbanding murid bukan
aliran agama iaitu 75%. Manakala dapatan kajian yang dilakukan oleh Rasid et. al
(1999) mendapati hanya 52% pelajar di Institut Pengajian Tinggi mendirikan solat
dengan lengkap 5 waktu sehari semalam. Pelbagai langkah dan kaedah yang
dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini, misalnya mengambil
kedatangan murid ke surau atau mussolla, guru memerhati amalan murid dan
mengurangkan markah penalti murid.
Amalan solat perlu diberi perhatian yang serius oleh pelbagai pihak. Ini
kerana kewajipan menunaikan solat merupakan tanggungjawab individu muslim
yang paling asas bagi memenuhi kewajipan lain dalam rukun Islam. Sabda
Rasulullah S.A.W. Ditegakkan Islam itu atas lima perkara, pengakuan Syahadah,
iaitu mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, pengakuan
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
17/25
17
bahawa Nabi Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. ( Hadis riwayat Al- Bukhari
dan Ibnu Hibban)
Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Suhardi (2004), beliau mendapati
bahawa tahap pengamalan solat fardhu adalah berbeza-beza dalam kalanagan remaja
Islam. Buktinya ialah peratusan pelajar remaja yang menunaikan solat fardhu secara
konsisten hanyalah sebanyak 53.2 % manakala bakinya iaitu 46.8 % lagi berpendapat
mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan solat fardhu. Sifat malas dan sibuk
dengan urusan lain merupakan di antara sebab utama kebanyakan pelajar remaja
meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai 77.8 %
responden member jawapan bahawa puncs utama mereka meninggalkan solat fardhu
adalah malas dan sibulk dengan urusan lain.
Kajian di mana responden adalah terdiri daripada murid-murid tahun 6 (
Muhammad Shafiee, 2004) turut mendapat bahawa hanya 36.3% responden sahaja
yang mendirikan solat fardhu cukup 5 waktu sehari semalam. Antara faktor-faktor
yang membuatkan tidak bersolat fardhu ialah malas (7.95%), tidak tahu bersolat
(19.91%), sibuk belajar (42.05%) dan lain-lain (34.09 %).
Manakala berkaitan dengan pelaksanaan ibadah solat, kajian telah dijalankan
di kalangan anggota PALAPES Universiti Malaya (Abd Rauf,1994) mengenai
kehidupan mereka seharian dan sewaktu menjalani latihan, sama ada latihan
tempatan, latihan tahunan atau latihan lanjutan. Kajian mendapati bahawa 80 %
menunaikan solat fardhu zohor manakala 20 % lagi tidak menunaikan solat tersebut.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
18/25
18
Kajian tersebut memyimpulkan bahawa masih ramai responden tidak mengamalkan
solat, bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah amat mendukacitakan sewaktu
latihan. Justeru itu, tindakan yang dilakukan oleh responden terhadap solat yang
ditinggalkan ialah sebahagian besar mengqada solat selepas menjalani latihan.
Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga responden yang tidak mengqada solat
yang telah ditinggalkan.
2.3 Rumusan
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, tahap pengamalan solat fardhu di
kalangan murid-murid di sekolah rendah dan menengah masih lemah. Pelbagai
usaha dan kaedah telah dilaksanakan dan hasilnya berlaku peningkatan. Namun
peratus peningkatannya masih berada di tahap kurang memberangsangkan.
Tinjauan ini penting kepada pengkaji sebagai satu momentum untuk melaksanakan
satu kaedah yang baru bagi penambahbaikan terhadap program-program yang telah
dilaksanakan. Adalah diharapkan melalui kajian terhadap pengamalan solat fardhu
dalam kalangan murid-murid tahap dua yang akan dilaksanakan dapat meningatkan
lagi peratus tahap pengamalan solat fardhu dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah, khasnya di sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terengganu.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
19/25
19
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis
3.6 Teknik Mengumpul Data
3.7 Kaedah Analisis Data
3.8 Rumusan
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
20/25
20
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini dibuat, untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan solat fardhu lima
waktu sehari semalam bagi kepentingan murid sekolah rendah pada peringkat
permulaan di samping mengenalpasti tahap penguasaan bacaan-bacaan dalam solat.
Bab ini akan menyentuh beberapa aspek yang berkenaan dengan metodologi kajian
seperti reka bentuk, kajian, penganalisis data dan lain-lain lagi. Dapatan daripada
hasil kajian ini, diharapkan dapat membantu guru bagi menangani masalah
kecaknaan amalan solat fardhu lima waktu di peringkat sekolah khasnya dan di
kalangan masyarakat amnya.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang persepsi pelajar
tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terengganu yang berkaitan dengan
amalan solat fardhu lima waktu. Kajian ini melibatkan 80 orang murid dimana
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
21/25
21
bermula dari umur 10 tahun hingga 12 tahun. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian.
Pengkaji akan mengumpul data-data melalui kaedah tersebut untuk dihimpunkan
bagi menjadi rumusan yang sepadu dan lengkap. Data yang diperolehi akan
dikumpul dalam bentuk jadual secara keseluruhannya. Data-data yang dikumpul
secara manual dan menggunakan Microsoft Word untuk membina jadual. Data-data
yang diperolehi akan diproses secara manual bagi mendapatkan statistik yang
sebenar.
Kajian yang dijalankan adalah bagi mengesan dan mengenal pasti tahap kekerapan
menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalan dalam kehidupan seharian
mereka. Pemilihan kaedah ini adalah diharapkan dapat membantu penyelidik untuk
menjayakan kajian yang telah dirancang bagi mencapai objektif kajian.
3.3 Populasi dan Sampel kajian
Murid Tahap 2 dijadikan subjek dalam menjayakan kajian ini. Kajian ini
melibatkan 80 orang murid yang terdiri daripada 3 kelas sahaja iaitu murid tahun 4,
tahun 5 dan tahun 6 dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 12 tahun. Seramai 80
orang murid telah dipilih daripada jumlah murid seramai 168 orang murid sebagai
responden dalam kajian ini. Ianya dipilih kerana pada peringkat umur 10 tahun,
bermulanya penegasan untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Anak-anak perlu dilatih dari kecil lagi supaya solat fardhu 5 waktu menjadi amalan
sepanjang hayat mereka. Sekiranya mereka tidak menunaikan solat, ibu bapa
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
22/25
22
dibolehkan memukulnya dengan menggunakan rotan sebagai pengajaran. Di sekolah
pula, guru juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid-murid agar
menunaikan kewajipan solat. Kajian ini terhad kepada murid di Sekolah Kebangsaan
Pelong, Setiu, Terengganu dan dipilih sebagai lokasi kajian ini.
Jadual di bawah menunjukkan populasi sampel kajian.
Kelas Jantina Bilangan murid Sosiol ekonomi
Tahun 4 Lelaki 17
Rendah Sederhana Tinggi
Perempuan 12
Tahun 5 Lelaki 12
Perempuan 14
25 45 10
Tahun 6 Lelaki 16
Perempuan 9
JUMLAH 80 80
3.4 Instrumen Kajian.
Kajian ini menggunkan kaedah soal selidil sebagai instrument kajian memandangkan
ia mempunyai beberapa kelebihan antaranya(Mohd Majid;1998)
i) Mudah ditadbir
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
23/25
23
ii) Kerjasama yang tinggi daripada respondeniii) Jawapan yang diberikan dapat melindungi responden.iv) Memudahkan penganalisis jawapanv) Dapatan yang dianalisis daripada jawapan dapat ditafsir dengan berkesan.
Kaedah pemerhatian juga digunakan dalam kajian ini di mana, guru akan memerhati
tingkah laku dan amalan murid dan dicatat dalam senarai semak oleh pemerhati.
Selain itu, kaedah temubual secara bersemuka juga dijalankan. Kaedah ini sesuai
dijalankan bagi mendapat maklumat mengenai faktor-faktor yang menjadi penyebab
terhalangnya murid menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
3.5 Kajian Rintis
Kajian ini akan mengunakan maklumat yang diperolehi melalui kaedah soal selidik
terhadap` 3 orang guru Pendidikan Islam dan 25 orang murid tahun 2 di Sekolah
Kebangsaan Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Permohonan menjalankan kajian
diperolehi dari pihak sekolah terbabit. Penerangan diberian tentang tujuan dan
kaedah kajian serta bagaiman cara menjawab soalan dalam borang soal selidik.
Tujuan utama kajian rintis ini dijalankan adalah:
a) Mempastikan keesahan item-item, soalan-soalan soal selidik khususnya darisegi ketetapan, kesesuaian istilah dan struktur ayat sehingga tidak
menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir.
b) Menguji sama ada soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah berkaitandengan pengetahuan dan pengalaman murid dan mereka tidak bermasalah
untuk menjawab item-item dan soalan-soalan tersebut.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
24/25
24
c) Mengetahui jangka masa yang digunakan oleh responden dan untuk semuaitem-item dalam soal selidik dan soalan ujian berkenaan.
3.6 Teknik Pengumpulan Data
Penyelidik akan memeriksa kertas jawapan responden dan keputusannya telah
dimuatkan ke dalam jadual analisa secara manual. Jadual data yang diperolehi inilah
yang menjadi kayu ukur bagi mendapatkan statistik untuk mengetahui dan mengesan
setiap persoalan yang ingin dikaji.
Dari data yang dikumpul inilah, penyelidik dapat mengumpul maklumat dan dapatan
hasil kajian akan dihuraikan sepertimana dalam bab seterusnya.
3.7 Kaedah Analisa Data
Data yang terkumpul seterusnya diproses dan disusun bagi memudahkan penyelidik
untuk menjalankan analisa setiap data bagi setiap persoalan kajian. Data yang
diperolehi ekoran daripada tindakbalas seramai 80 orang responden membantu
untuk memudahkan penyelidik bagi menyediakan jadual data keseluruhan. Setelah
inu analisis data dilakukan untuk mendapatkan peratus dan purata bagi setiap
persoalan. Selain itu, ia juga merupakan satu cara menganalisis sejauh mana
perbezaan yang ditunjukkan dalam mengamalkan solat fardhu 5 waktu yang sesuai
dengan persoalan kajian, sama ada dari segi minat, kemampuan sosiol ekonomi.
Permohonan untuk menjalanka kajian akan diperolehi dari pihak sekolah yang
terbabit.
8/12/2019 Proposer Kajian 1&2
25/25
3.8 Rumusan
Kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada guru-guru yang mengajar
pelajaran ibadah solat. Manakala secara khususnya bagi guru Pendidikan Islam yang
ingin meningkatkan tahap amalan solat di kalangan murid-murid. Justeru itu, guru
hendaklah mempunyai kemahiran pedagogi yang tinggi untuk menjamin
keberkesanan pengajaran ibadah solat. Metadologi yang digunakan bagi
mendapatkan maklumat mengenai tahap pengamalan solat fardhu 5 waktu, murid
diharap dapat membantu guru membuat penambahbaikan terhadap kaedah dan
aktiviti yang telah dijalankan. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru Pendidikan
Islam supaya para murid tidak berterusan malas untuk menunaikan solat fardhu 5
waktu. Guru perlu bersikap tegas dalam pengajaran ibadah solat dengan memberi
penekanan kepada setiap langkah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, amalan pengajaran guru dalam ibadah solat memainkan peranan
yang penting untuk menarik minat murid mengerjakan solat dengan ikhlas kepada
Allah s.w.t. tanpa rasa terpaksa. Solat yang dilakukan secara berterusan dapat
membentuk diri murid supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. Selain itu ia
juga akan memberi semangat dan kekuatan dalam diri murid-murid agar dapat
menangani masalah gejala sosial yang serius dalam masyarakat kini. Maka terbentuk
pemimpin Negara yang berakhlak tinggi yang memerintah Negara dengan
berpandukan al-Quran dan As-sunnah Rasulullah s.a.w.
Recommended