Upload
suriani-sulaiman
View
293
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/6/2019 Jenis resis
1/10
1
PENGENALAN.
Resis atau dalam perkataan inggeris resist boleh didefinisikan sebagai satu
aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin
digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Mengikut apa yang
dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah
melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di
bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu
aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat
basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna
asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Satu teknik
menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan
warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan
lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Apabila seorang guru ingin menjalankan aktiviti seni di bengkel mereka, guru
tersebut akan membuat persiapan dan menjangkakan apakah tajuk yang hendak
dijalankan pada minggu tersebut. Kemudian guru akan memikirkan pula kegiatan
apakah yang hendak dijalankan dalam bidang menggambar. Selepas itu barulah
mereka akan mencadangkan alat, media dan teknik apakah yang hendak digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.
Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka supaya
lebih peka terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka,
dapat mengekspresi perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama. Guru
perlu buat satu usaha merancang aktiviti-aktiviti pendidikan seni yang dapat memberi
kebaikan kea rah sesuatu persembahan hasil karya.
8/6/2019 Jenis resis
2/10
2
2. ( a ) Proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting.
1. Kain putih diregang pada pemidang dengan menggunakan stapler atau paku tekan untukmenegang dan meluruskan kain.
2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut.
3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api yang perlahan.
4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak yang telah di lukis tadi.
8/6/2019 Jenis resis
3/10
3
5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang dilukis ladi.
6. Setelah kering keluarkan kain dari pemidang dan rendamkan kedalam larutan sodium silikatuntuk mematikan warna.
7. Kemudian rebus kain tadi di dalam air panas yang di letakkan soda ash untuk menanggalkankesan lilin.
8.
Akhir sekali, jemur kain di bawah sinar matahari.
8/6/2019 Jenis resis
4/10
4
2.( b ) Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.
Resis adalah satu kegiatan yang sangat menarik dijalankan kepada murid-murid
sekolah rendah. Ia adalah satu cara bagaimana murid-murid dapat meneroka dengan lebih
jauh lagi alatan dan bahan yang digunakan dalam proses menggambar.
Pada kebiasaannya penggunaan alatan seperti pensil dan pensil warna dalam
menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Dalam proses menghasilkan resis
penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ini membuatkan hasil kerja resis
dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan membosankan murid-murid kerana
mereka amat sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka.
Contoh hasil kerja dari teknik resis, seperti di Rajah 1 bahagian berwarna putih di
lakarkan menggunakan lilin dan berwarna gelap di warnakan dengan warna air.
Rajah 1
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford
Mengikut Sukatan Pelajaran KBSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan dalam setiap kegiatan menggambar telah
dikenalpasti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah sebagai cadangan dan panduan guru untuk
menghasilkan aktiviti seni walaupun guru tersebut bukan dari option seni pun boleh
melakukannya. Seseorang guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kreativitinyasendiri untuk menjalankan aktiviti lain jika difikirkan bersesuaian dan senang untuk
mendapatkan bahan tersebut asalkan aktiviti yang hendak dijalankan tidak terkeluar dari tajuk
asal.
8/6/2019 Jenis resis
5/10
5
Apabila murid-murid menggunakan aktiviti seni sebagai tujuan untuk mengekspresi
diri dan respon terhadap kehidupan harian mereka, ia telah menjadi kehendak personel
seseorang.
Kesedaran persepsi murid-murid dan kuasa ekspresif murid-murid perlu dicungkil supaya
mereka boleh menyatakan perasaan. Tugas pendidikan ialah untuk melahirkan murid-murid
yang bebas berbicara secara logik, kritis dan kreatif.
Dalam menghasilkan kerja sendiri, murid perlu faham bentuk-bentuk visual yang
mereka telah cipta, secara tidak langsung mereka telah dibantu mengekspresi identiti diri
sendiri dan identiti orang lain. Bentuk-bentuk visual yang mereka hasilkan amat penting dan
berguna dalam kebidupan mereka. Begitu juga dengan bentuk-bentuk dan ruang yang
dihasilkan di dalam hasilkerja mereka menunjukkan mereka telah melakukan ekspresi diri
terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran.
Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu mereka supaya lebih
peka terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka, dapat
mengekspresi perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama.
Berikut adalah beberapa contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-
murid:
1. Krayon resis dengan warnaair
2. Krayon resis dengan warnaposter
3. Krayon resis dengan warnatempera
4. Krayon resis dengandakwat basah
5. Krayon resis6. Kertas lilin resis
7. Resis dengan kain8. Krayon resis batik9. Resis dari warna air dan
perekat getah (campuran)
10. Resis dari warna air danlilin biasa
11. Resis dari kapur dan lilin(cara positif)
12. Resis dari kapur dan lilin(cara negatif)
8/6/2019 Jenis resis
6/10
6
Contoh resis dari warna air bertemakan situasi harian
Rajah 2.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark.
Contoh resis dari kertas lilin bertemakan pemandangan
Rajah 3.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark
Contoh resis dari warna tempera bertemakan haiwan
Rajah 4.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark
8/6/2019 Jenis resis
7/10
7
Contoh krayon resis batik bertemakan corak alam semulajadi
Rajah 5.Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark
Contoh resis dari perekat getah dan warna air bertemakan alam benda
Rajah 6. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown and Benchmark
Contoh resis dari kapur dan lilin
Rajah 7. Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,
USA: Brown
8/6/2019 Jenis resis
8/10
8
Contoh contoh resis batik .
Resis lilin dengan warna air.
8/6/2019 Jenis resis
9/10
9
RUMUSAN
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-
warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung
kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti
resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan
bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia
menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-
warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Warna tempera bertindak
sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan
lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan
garisan.
Apabila seorang guru ingin menjalankan aktiviti seni di bengkel mereka, guru tersebut
akan membuat persiapan dan menjangkakan apakah tajuk yang hendak dijalankan pada
minggu tersebut. Kemudian guru akan memikirkan pula kegiatan apakah yang hendak
dijalankan dalam bidang menggambar. Selepas itu barulah mereka akan mencadangkan alat,
media dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni.
Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab kita membantu murid supaya lebih peka
terhadap berbagai rupa bentuk visual yang terdapat di sekeliling mereka, dapat mengekspresi
perasaan orang lain dalam berbagai budaya dan agama. Guru perlu buat satu usaha
merancang aktiviti-aktiviti pendidikan seni yang dapat memberi kebaikan kearah sesuatu
persembahan hasil karya.
8/6/2019 Jenis resis
10/10
10
BIBLIOGRAFI.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Glosari seni lukis. Kuala Lumpur: KPM.
Efland, Arthur D. (2002).A
rt and cognition. New York: Teachers College Press.
Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.
Haslinda Madon. (2010). HBAE1403 Menggambar Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary school teachers:
DevelopingArtistic and perceptual awareness,New Jersey: McGraw-Hill.
Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book.
Raja Baharudin Raja Husain. (1999).Kursus amali pendidikan seni. Subang Jaya: Pan Asia.
Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and
Benchmark.