RESEPI PJJ KEK LAPIS MODEN
Chef Afifah
Isi KandunganPengenalan
Bahan - Bahan &Adunan Untuk Bahagian Mixer
Pembahagian Warna Lapisan
Bahagian Oven
1.
2.
3.
4.
............................................................................
..................................................................
.......................................
....................................................................
Resepi Kek Lapis Cameron Mango
RESEPI PJJ KEK LAPIS MODENMuka Surat 1Chef Afifah
Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas dirakamkan kepada tuan/puankerana telah berjaya mendapatkan e-Book Resepi PJJ Kek Lapis Moden by Chef Afifah.
Keistimewaan resepi kali ini dibawakan khas kepada tuan/puan dengan wajah baharu kek lapisyang telah diinovasikan di mana kek lapis dipresentasikan dengan lebih rasa lazat
dan bentuk yang premium.
Menariknya, keaslian rasa tradisionalnya masih dikekalkan. Oleh itu, dengan memperkenalkanreka bentuk moden dan tradisional yang digabungkan secara lembut, ditambah pula dengan
rasa baru yang diilhamkan dari inspirasi buatan, setiap lapisan adalah sangat menarik dengan pelbagai perisa asli di antara resepi yang telah diperbaharui dan gaya kek lapis yang moden.
Sekali lagi, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan yang mencuba resepi ini turut dapat
mengaplikasikan resepi yang dipelajari ke dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. Jadi, denganpembelian E-Book resepi ini, diharapkan ia dapat membuka ruang dan peluang buat tuan/puanuntuk melakukan jualan kek lapis dan membantu menjana pendapatan lebih dengan resepi ini di
samping menjamu hidangan kelazatan kek lapis bersama keluarga dan sahabat handai.
Dikesempatan ini, sukacita saya tegaskan bahawa E-Book Resepi PJJ Kek Lapis Moden byChef Afifah ini adalah hak milik tuan/puan sepenuhnya dan ia bukan bertujuan dikongsidengan mana-mana pihak. E-book resepi yang menjadi kepunyaan tuan/puan ini juga
bukan untuk dijual beli dan bertukar pemilikan sesuka hati.
Akhir kata, semoga resepi kali ini dapat membantu tuan/puan untuk belajar cara-caramembuat kek lapis dengan lebih mudah selain dapat mencungkil bakat tersembunyi
dalam diri tuan/puan setelah membuat kek lapis ini. Selamat mencuba!
Pengenalan
RESEPI PJJ KEK LAPIS MODENMuka Surat 2Chef Afifah
RESEPI KEK LAPIS CAMERON MANGO
BAHAN - BAHAN
Butter - 500gCream Cheese - 500gGlycerin - 10gOvalette - 30gGula Halus - 100gSusu Manis - 380gTelur size A - 11 bijiHorlick - 50gCreamer Coffemate - 50gVanilla Ice Cream Powder - 200gTepung Pau - 330gWhipping Cream - 150g
Untuk bahagian Kuning :Mango Emulco - 1 suduPewarna kuning lemon / pewarna 'neon brite yellow' chefmaster- Secukupnya.
Untuk bahagian Pink :Strawberry paste - 1 suduPewarna pink / pewarna 'neon brite pink' chefmaster- Secukupnya.
Untuk bahagian putih :Pewarna putih - secukupnya
Selamat mencuba!
LANGKAH - LANGKAH
Adunan Untuk Bahagian MixerMasukkan butter, cream cheese, gula halus, ovalette, glycerin, dan susu manis ke dalam mangkuk mixer.Pukul adunan pada kelajuan tinggi sehingga kembang.Setelah adunan kembang, masukkan telur satu-per-satu dan sebatikan.Selepas itu, masukkan Horlick sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
Masukkan juga vanilla ice cream powder sedikit demi sedikit.Kemudian, masukkan tepung pau dan selang-selikan dengan whipping cream agar lebih sekata.
Kacau semuanya sehingga sebati.Setelah adunan kelihatan cantik, bahagikan adunan kepada 3 bahagian mengikut sukatan di bawah.
A.1.
2.3.
4.
5.
6.
7.8.
RESEPI PJJ KEK LAPIS MODENMuka Surat 3Chef Afifah
LANGKAH - LANGKAH
RESEPI KEK LAPIS CAMERON MANGO
Lapisan Warna Putih - Tuang pewarna putih dan kacau sebati.Lapisan Warna Pink - Tuang strawberry paste dan pewarna pink. Kacau sebati,sediakan piping beg dan masukkan adunan pink sebanyak 80g.Lapisan Warna Kuning - Tuang pewarna kuning lemon dan kacau sebati, sediakanpiping beg dan masukkan adunan kuning sebanyak 80g.
Pembahagian Warna LapisanNota : Setiap satu lapisan warna bersamaan 180g
B.
Mula bahagi adunan seperti di bawah:Warna Pink = 720g = 4 lapisan,adunan untuk piping - 80gWarna Kuning = 720g = 4 lapisan,adunan untuk piping - 80gWarna Putih = Selebih adunan= 6 lapisan }
Piping adunan warna Pink
Piping adunan warna Kuning
Pandangan atas lapisan putih
RESEPI PJJ KEK LAPIS MODENMuka Surat 4Chef Afifah
LANGKAH - LANGKAH
RESEPI KEK LAPIS CAMERON MANGO
Bahagian Oven
Sediakan loyang 9x9x4 dan calitkan sedikit lebihan adunan pada dasar loyang.Kemudian, lapikkan dasar loyang dengan kertas minyak.
Oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.Gunakan suhu 150 darjah celsius.Untuk lapisan pertama, gunakan fungsi grill dan fungsi api atas bawah. Bakar lapisan pertama selama 7 minit. Setelah itu tukar fungsi oven kepada api atas sahaja. Pusing loyang dan bakar lagi selama 3 - 5 minit atau sehingga lapisan masak.Bakar lapisan kedua dan seterusnya menggunakan api atas sahaja selama 7 - 10 minit atau sehingga masak. Pastikan loyang diubah posisi pada minit ke 3 untuk memastikan lapisan masak sekata.
Ulang langkah di atas untuk lapisan seterusanya. Kawal minit dan suhu oven mengikut kesesuaian agar kek tidak terlalu perang. Selepas habis sahaja lapisan terakhir, buka api oven atas dan bawah untuk keringkan bahagian tepi loyang.
Peringatan : Bakar lapisan mengikut gambar rajah yang telah diberikan.Pipkan adunan kuning dan pink di atas setiap lapisan putih sebelum membakar.
C.
1.2.3.
4.
1.2.