66
1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 19. Al-Fattah - Maha Pembuka 20. Al-^Alim - Maha Mengetahui 21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup 23. Al-Khafid - Maha Penghina 24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi 25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan 26. Al-Muthil - Maha Merendahkan 27. As-Sami^ - Maha Mendengar 28. Al-Basir - Maha Melihat 29. Al-Hakam - Maha Menghukum 30. Al-^Adl - Maha Adil 31. Al-Latif - Maha Halusi 32. Al-Khabir - Maha Waspada 33. Al-Halim - Maha Penyantun 34. Al-^Azim - Maha Agong 35. Al-Ghafur - Maha Pengampun 36. Ash-Shakur - Maha Pengampun 37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya 38. Al-Kabir - Maha Besar 39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

Asmaul Husna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Asmaul Husna

1. Allah2. Ar-Rahman - Maha Pemurah3. Ar-Rahim - Maha Penyayang4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah5. Al-Quddus - Maha Suci6. As-Salam - Maha Penyelamat7. Al-Mu'min - Maha Pengaman8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa11. Al-Mutakabbir - Maha Besar12. Al-Khaliq - Maha Pencipta13. Al-Bari' - Maha Perancang14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan17. Al-Wahhab - Maha Pemberi18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki19. Al-Fattah - Maha Pembuka20. Al-^Alim - Maha Mengetahui21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup23. Al-Khafid - Maha Penghina24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan26. Al-Muthil - Maha Merendahkan27. As-Sami^ - Maha Mendengar28. Al-Basir - Maha Melihat29. Al-Hakam - Maha Menghukum30. Al-^Adl - Maha Adil31. Al-Latif - Maha Halusi32. Al-Khabir - Maha Waspada33. Al-Halim - Maha Penyantun34. Al-^Azim - Maha Agong35. Al-Ghafur - Maha Pengampun36. Ash-Shakur - Maha Pengampun37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya38. Al-Kabir - Maha Besar39. Al-Hafiz - Maha Pelindung40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan41. Al-Hasib - Maha Mencukupi42. Aj-Jalil - Maha Luhur43. Al-Karim - Maha Mulia44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

Page 2: Asmaul Husna

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya47. Al-Hakim - Maha Bijaksana48. Al-Wadud - Maha Pencinta49. Al-Majid - Maha Mulia50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan52. Al-Haqq - Maha Benar53. Al-Wakil - Maha Berserah54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya56. Al-Waliyy - Maha Melindingi57. Al-Hamid - Maha Terpuji58. Al-Muhsi - Maha Menghitung59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan62. Al-Mumit - Maha Mematikan63. Al-Hayy - Maha Hidup64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya65. Al-Wajid - Maha Menemukan66. Al-Majid - Maha Mulia67. Al-Wahid - Maha Esa68. As-Samad - Maha Diminta69. Al-Qadir - Maha Kuasa70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan75. Az-Zahir - Maha Menyatakan76. Al-Batin - Maha Tersembunyi77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan 86. Al-Muqsit - Maha Mengadili87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

Page 3: Asmaul Husna

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan96. Al-Baqi - Maha Kekal97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana99. As-Sabur - Maha Penyabar

Page 4: Asmaul Husna

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagiselepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yangbesar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugupakan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllahkita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasacinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelahtergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akanmendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelahtergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hatiseperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadisegar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman darisegala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhuIsyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang keranapenuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semuamusuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

Page 5: Asmaul Husna

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengankebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkanmereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllahyang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akanmemberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedangsakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kitaakan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyaianak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hariAhad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untukberbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapihanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yangsoleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solatJumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hatikita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllahorang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barangsiapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan ataukesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnyasolat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawaberkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan denganikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerimanasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solatMaktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

Page 6: Asmaul Husna

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakindekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir inisetiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaansuci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau ditempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akanmemperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atauperniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya adaorang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah sipenghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telingakita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan,lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selaludiberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaansuci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmuagama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesaisolat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan baranganjualannya menjadi laris & maju.32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandungfaedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara

Page 7: Asmaul Husna

lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telahterpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagimereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apasaja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar ataudiungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yangsekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan,maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkanzikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidakmengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagaipengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akandimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yangpenting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislahzikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!)lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidakdungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas ataudilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 xselama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepadaAllah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akanterlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada didalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketikasesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkanbekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akanmenjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

Page 8: Asmaul Husna

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solatMaghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebaranggangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malamyang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan- perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpadisedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulahseterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di duniamahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketikahendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yangmengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaanbarang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari denganniat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh& sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkanzikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akanmengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkatpertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhanakan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkanzikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancardidalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi& rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggotakeluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketuakeluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan

Page 9: Asmaul Husna

kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggotakeluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tanganke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang sukamembangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusansetiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedahsekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllahbencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentarapabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianyamempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikankekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin keranadengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebaranggangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanyaAllah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalampertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikirini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, makazikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dansebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

Page 10: Asmaul Husna

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllahkita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akandipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalanikehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang inginmemperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiapmanusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yangterhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 xsetiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudahterpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untukmenerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikirini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangatingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kaliselesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu jugahendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalugagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allahsegala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dariberikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapamampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akanmempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata“Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

Page 11: Asmaul Husna

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 xsetiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktuselama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solatwaktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijabpadanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 xsesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang bolehmenyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinyadibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikirini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yangberkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalahzikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kitaakan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari,InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubatmaka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikanpetunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supayadia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kitamemperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah,kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akandiampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh temanatau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampusamada pada waktu siang mahupun malam.

Page 12: Asmaul Husna

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang inginkedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalumengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 padasetiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiaphari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai denganpertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yangmengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kitayang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin padasetiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Denganizin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yangsingkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kitaperolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segalahajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 xpada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akanterhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untukmenyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puasdihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x padasetiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkanzikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, &bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapayang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkanbaik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklahselalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

Page 13: Asmaul Husna

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempattertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah denganmemperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allahakan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagimemastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlahdengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhanakan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalanlancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira bataswaktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadipunca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi ataubankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solatfardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar,maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usahakita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdasotak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akanmenjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapaikejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.2. Orang yang teraniaya/dizalimi.3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskansilaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:1. Terasa sesuatu yang menakutkan.2. Menangis tatkala berdoa.3. Terasa menggeletar.

Page 14: Asmaul Husna

Cara-cara Berdoa:1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa iaberdoa”

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allahtidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yanghalal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baikbelaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskansilaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai denganbertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w &para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dansebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecualimenerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinakdengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronokmengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecualiberlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redhadengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya sertakesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecualikecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .

Page 15: Asmaul Husna

1. ALLAH

- Jika membaca ‘Ya Allah’ sebanyak 5000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk lagi merendahkan diri kepada Allah, insyaAllah apa yang kita inginkan dan hajatkan akan terkabul dan berhasil.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Allah’ tiap-tiap hari 5000 kali, insyaAllah, datang kepadanya rezeki daripada tiap-tiap pihak.

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Allah’ tiap-tiap lepas sembayang fardhu 66 kali sampai 66 hari, insyaAllah jadi baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi. Adalah lebih baik pula diamalkan terus pada setiap hari.

- Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari 1000 kali, insyaAllah diberi ia kesempurnaan yakin.

- Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari Jumaat sebelum sembahyang Jumaat dengan suci daripada hadas dan najis dan hadir hati (khusyuk) 100 kali, insyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

2. AR-RAHMAN

Page 16: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Rahman’ tiap-tiap hari 100 kali tiap-tiap selepas sembahyang 5 waktu, insyaAllah keluar dari hatinya lupa dan lalai dengan izin Allah Ta’ala.

- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Rahman’ 100 kali setiap kali selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam, memiliki hati yang bersih dan mudah hati.

3. AR-RAHIIM

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Rahiim’ tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah dijadikan hatinya lembut dan kasih sayang akan makhluk.

- Barang siapa takut jatuh kepada sesuatu yang dibencinya akan dia, lalu berzikir dengan membaca ‘Ya Rahmannu-Ya Rahiim’ 100 kali, insyaAllah diamankan ia daripada kejahatan barang yang dibencinya itu.

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali selepas sembahyang subuh, insyaAllah akan mendapati setiap orang berbaik hati, mesra dengannya dan suka menolong bila dalam kesusahan.

4. AL MALIK

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Malik’ pada setiap masa akan dihormati, disegani dan menerima layanan yang wajar daripada orang lain.

- Barang siapa berzikir dengan menyebut nama ‘Ya Malik’ tiap-tiap hari kemudian daripada fajar atau ketika gelincir matahari sebenyak 121 kali, insyaAllah dikayakan akan dia dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah baginya.

5. AL QUDDUS

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Quddus’ tiap-tiap hari ketika gelincir matahari 100 kali, insyaAllah menjadi bersih hatinya dari rasa sombong, rakus, dengki, iri hati, dendam dan seumpamanya.

- Barang siapa berzikir dengannya 1000 kali, insyaAllah diselamatkan dia dari bala bencana.

- Hati siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali setiap hari, insyaAllah akan terlepas dari segala kebimbangan dan kecemasan.

6. AS SALAAM

Page 17: Asmaul Husna

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini sebanyak 160 kali kepada orang yang sedang sakit, insyaAllah akan dapat menolong pesakit itu sembuh.

- Apabila dibacakan akan dia di kepala orang yang sakit dengan nama ‘Ya Salaam’ sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara nyaring sekira-kira didengar oleh orang yang sakit itu dan dengan mengangkat dua tangan, insyaAllah disembuhkan akan dia dengan kurnia Allah selama tidak hadir ajalnya atau dikurangkan daripada sakit itu.

- Barang siapa membaca ‘Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrahmatullah Hiwabarakatuh’ tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, insyaAllah tidak berasa ia akan sakaratulmaut (kesukaran menghadapi maut yang akan berpisah dari badan) dan menjadi mudah perkerjaan tidak jatuh ia pada kepayahan dengan izin Allah.

- Barang siapa membaca pada musim penyakit melanda dengan bacaan Salaam Kau min Rabbir Rahim’ tiap-tiap hari sebanyak 28 kali, insyaAllah selamat ia daripada penyakit itu.

7. AL MUKMIN

- Barang siapa mengulangi menyebut ‘Ya Mukmin’ ini, insyaAllah akan terselamat dari sebarang bencana.

- Apabila berzikir dengan nama ini oleh orang yang dapat takut dari sesuatu dengan membaca 136 kali, insyaAllah aman dia, dirinya dan hartanya daripada perkara yang ditakutinya itu.

- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang aman, insyaAllah bertambah-tambah imannya.

8. AL MUHAIMIN

- Barang siapa yang menyebut berulangan ‘Ya Muhaimin’ dan selalu membersihkan diri dengan wuduk, insyaAllah keadaan batin dan jiwanya akan selalu disinari cahaya (bersinar/terang).

- Barang siapa berzikir dengan nama ini 100 kali kemudian daripada mandi dan sembahyang 2 rakaat serta hadir hati berhadap bagi Allah, insyaAllah dibersihkan zahirnya dan batinnya dan tetap nur di dalam hatinya.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia kemudian daripada sembahyang Isyak 145 kali, insyaAllah kuat hafaznya dan ingatannya menjadi baik.

9. AL `AZIZ

Page 18: Asmaul Husna

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ‘Ya `Aziz’ ini 40 kali selepas sembahyang Subuh selama 40 hari berturut-turut, insyaAllah akan terlepas daripada pergantungan pada orang lain.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini 40 kali selama 40 hari dan yang terlebih baik kemudian daripada sembahyang Subuh, insyaAllah dikayakan dan di muliakan akan dia dan tidak dihajatkan akan dia kepada seseorang daripada makhlukNya.

10. AL JABBAAR

- Barang siapa yang mengulangi nama ‘Ya Jabbaar’ maka terpelihara ia daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselamat dari kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Jabbaar’ dalam amal ibadat sehari-hari sebanyak 206 kali atau 260 kali pagi dan petang, insyaAllah tidak kuasa segala orang zalim mahu menzaliminya dan jika mereka itu perbuat juga akan dia, Allah balaskan seksa baginya.

11. AL MUTAKABBIIR

- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Mutakabbiir’ sebelum menyetubuhi isterinya, insyaAllah akan mengurniakan anak yang sihat dan soleh.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mutakabbiir’ tiap-tiap hari 662 kali, insyaAllah tunduk baginya segala orang-orang yang takbur dan lulus kelemahan pada mereka itu.

12. AL KHAALIQ`

- Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya Khaaliq`’ ini pada waktu tengah malam, insyaAllah Allah akan mengirimkan malaikat yang menbantunya hidup di jalan yang benar sehingga hari penghakiman. Dengan bantuaan malaikat, mereka sentiasa di atas kebaikan.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Khaaliq`’ waktu tengah malam 731 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan dirinya.

- Barang siapa kehilangan harta atau lama ditinggalkan oleh kekasih, maka berzikir dia dengan ‘Ya Khaaliq`’ 5000 kali, insyaAllah datang dia dengan perintah Allah.

13. AL BAARI`

Page 19: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baari`’ siang malam, 7 hari berturut-turut, tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah selamat ia daripada kebinasaan dan tidak mendapat takut ia di dalam kuburnya.

- Barang siapa berzikir dengan dia pada malam hari 7 malam berturut-turut, tiap-tiap malam 100 kali, insyaAllah dijadikan sembuh segala penyakit dalam tangannya atau yang dihadapinya.

14. AL MUSAWWIR

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti disebutnya ‘Ya Musawwir’ tiap-tiap hari 336 kali atau lebih, insyaAllah menjadi baik segala apa yang dikerjakannya atau diperbuatkan.

- Apabila berzikir dengannya oleh perempuan yang tidak mahu beranak 7 hari berturut-turut puasa dan tiap-tiap hari waktu maghrib sebelum berbuka, berzikir dengan dia 21 kali dan selalu buka puasa dengan minum air, 7 hari itu jangan banyak makan, insyaAllah dirupakan anak dalam rahimnya, dan demikian pula suaminya puasa 3 hari dan berzikir dengan dia waktu hendak berbuka dengan air 21 kali ditiupkan pada air itu dan selalu diminum.

- Barang siapa bertempat pada tempat tidurnya lalu berzikir dengannya 10 kali sebelum membuka aurat dan sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah diberi rezeki akan dia anak yang soleh dengan izin Allah.

- Jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak, ingin mengelak dari mengalami kesusahan bersalin, berpuasalah 7 hari, dan setiap hari ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga Nama ‘Ya Khaaliq’, ‘Ya Baari’ dan ‘Ya Musawwir’ ini sebanyak 21 kali. Hembuskanlah nafas ke dalam segelas air, dan kemudian bukalah puasa dengan air tersebut. Allah akan menolong melahirkan anak tersebut.

15. AL GHAFFAAR

- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Ghaffaar’, insyaAllah akan diampunkan segala kesalahan dan dosanya oleh Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghaffaar’ mengiringi sembahyang Jumaat sebanyak 100 kali, insyaAllah zahir baginya bekas keampunan.

- Berkata sesetengah ulama salaf (satu daripada dua golongan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah iaitu golongan ulama-ulama yang hidup jangka masa 300 tahun sesudah Hijrah) seperti katanya. Barang siapa ingin banyak mempunyai harta dan anak, dan diberi berkat pada rezekinya, maka hendaklah membaca ia pada tiap-tiap hari; ‘Astagfirullah Innahu Kana Ghaffaaran’ sebanyak 70 kali, insyaAllah dikabulkan barang yang diingininya itu.

Page 20: Asmaul Husna

16. AL QAHHAAR

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Qahhaar’ tiap-tiap hari dan malam 306 kali atau lebih, insyaAllah keluar dari hatinya cintakan dunia dan kebesaran barang yang lain daripada Allah dan zahir baginya pertolongan atas musuhnya.

- Barang siapa ada baginya hajat lalu berzikir dengan dia 100 kali di dalam rumahnya atau di dalam masjid dan mengangkat akan dua tangannya dan membuka ia akan kepalanya, insyaAllah ditunaikan hajatnya.

- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan berjiwa besar dan akan menikmati perasaan yang aman damai.

- Nama ini juga jika dibaca berulang kali, insyaAllah akan terhindar dia daripada membuat kejahatan.

17. AL WAHHAAB

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau tiap-tiap lepas sembahyang 300 kali atau lebih, insyaAllah hasil baginya kekayaan, kebesaran, kabul dan hebat.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia pada akhir sujud dhuha 40 kali, insyaAllah dimudahkan baginya kekayaan, hebat dan kabul kepada Allah.

- Barang siapa yang menyebut berulangan nama ini sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah,insyaAllah permohonannya akan dimakbulkan.

- Sesiapa yang berkeinginan atau seseorang yang ditawan oleh musuh atau sesiapa yang tiada memperoleh rezeki yang cukup untuk hidup, sekiranya ia menyebut Nama ini sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang sunat dua rakaat pada tengah malam selama 3 atau 7 malam berturut, dengan hati yang suci,insyaAllah berkenan menunaikan permintaannya.

18. AR RAZZAAQ

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya 10 kali ‘Ya Razzaaq’ dahulu daripada sembahyang subuh berdiri di sebelah kanan rumah dengan mengadap kiblat dan kemudian berpindah ke sebelah kiri rumah dengan mengadap kiblat dan bacalah ‘Ya Razzaaq’ 10 kali, kemudian berdirilah maju ke depan dan baca lagi lafaz itu sebanyak 10 kali sambil mengadap kiblat, dan yang terakhir mundur semula ke belakang berdiri mengadap kiblat dan baca lagi lafaz “Ya Razzaaq’ 10 kali, insyaAllah luas rezekinya dan rezeki datang tidak disangka-sangka.

Page 21: Asmaul Husna

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari 308 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya kepada raja-raja dan pemerintah. Dan jika menghendaki akan yang demikian itu, maka berhentilah berbetulkan orang yang dituntut dan berzikir dengan dia 17 kali, insyaAllah ditunaikan hayatnya.

- Barang siapa berzikir dengan dia kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.

- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan dibekalkan kelancaran usahanya oleh Allah.

19. AL FATTAAH

- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, InsyaAllah hatinya akan sentiasa terbuka dan diberi kemenangan oleh Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Fattah’ tiap-tiap lepas sembahyang subuh 71 kali, dan di tangannya dihantar di atas dada, insyaAllah bersih dan bercahaya hatinya dan mudah pekerjaannya dan keluar cinta dunia daripada hatinya.

20. AL `ALIIM

- Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini, insyaAllah hatinya akan disinari cahaya Nur yang suci.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aliim’ ia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf (ertinya terbuka. Ia dimaksudkan terbuka atau nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata oleh dua mata. Misalnya, diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w nampak mayat Najasyi yang bernama Raja Asyahamah diperlihatkan Allah kepada baginda. Nabi pun sembahyang ghaib ke atas raja itu) dan iman yang sempurna.

21. AL QAABIDH

- Barang siapa yang menulis Nama ini di atas 50 jenis makanan (buah-buahan, roti dan lain-lain) selama 40 hari, insyaAllah akan terlepas dari kelaparan atau sakit.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Qaabidh’ 1000 kali dengan niat menegahkan orang zalim daripada menzalimi akan dia atau daripada menzalimi akan orang lain, insyaAllah tidak kuasa mereka itu atasnya pada malam dan hari itu sekalipun mereka itu berbuat begitu.

- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah bertambah-tambah hampir ia kepada Allah.

Page 22: Asmaul Husna

22. AL BAASIT

- Barang siapa berulang kali menyebut nama ini 10 kali waktu fajar dengan menadah tangan kemudian meraup mukanya, insyaAllah akan dapat berdiri sendiri – berdikari – tanpa menggantungkan diri pada orang lain.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baasit’ kemudian daripada sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat) 10 kali, insyaAllah diluaskan rezekinya dan ilmunya.

- Barang siapa berzikir dengan dia 300 kali atau lebih dengan mengangkat dua tangan ke langit kemudian disapukan ke dua-dua tangan itu ke muka, insyaAllah dibukakan baginya satu pintu daripada segala pintu kekayaan.

23. AL KHAAFIDH

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Khaafidh’ 500 kali dengan niat minta tunaikan hajat, insyaAllah ditunaikan hajatnya.

- Barang siapa berzikir dengan Dia 1000 kali, insyaAllah aman ia daripada segala musuh.

- Barang siapa yang berpuasa selama 3 hari dan pada hari keempat membaca nama ini sebanyak 70 000 kali, nescaya Allah akan menghindarkan mereka dari bencana atau musuh.

24. AR RAAFIK

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Raafik’ tiap-tiap hari atau malam 70 kali, insyaAllah tiada disampai kepadanya orang-orang zalim dan pencuri.

- Barang siapa berzikir dengan Dia 70 kali ketika datang orang-orang zalim, insyaAllah hasil baginya aman daripadanya.

- Barang siapa berzikir dengan Dia 100 kali atau 40 kali pada tiap-tiap malam Isnin atau malam Jumaat kemudian daripada Maghrib dan Isyak, insyaAllah menjadi hebat ia diatara makhluk.

- Barang siapa yang membaca nama ini 100 kali sehari semalam, Allah akan meninggikan darjat dan kemuliaannya, kekayaan dan jasanya.

25. AL MU`IZZ

Page 23: Asmaul Husna

- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Mu`izz’ 140 kali selepas sembahyang isyak pada tiap-tiap malam Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain. Orang itu tidak akan takut kepada sesiapa melainkan Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mu`izz’ tiap tiap malam Jumaat atau malam Isnin kemudian daripada maghrib 140 kali, InsyaAllah berhasil baginya hebat (kehebatan) dalam hati makhluk semacam hebat harimau di hati binatang-binatang hutan dan jadilah ia tiada takut melainkan kepada Allah Taala.

26. AL MUDZILL

- Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 75 kali, insyaAllah akan dijauhkan Allah ia dari bencana dan orang-orang yang ingin membinasakannya.

- Barang siapa baginya harta yang dihutangi oleh orang yang liat membayarnya, maka hendaklah ia berzikir dengan dia siang dan malam, insyaAllah diinsafkan akan dia baginya membayar.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mudzill’ ketika dalam ketakutan 75 kali, kemudian ia sembahyang dan dalam sujud disebutnya nama yang ditakuti itu seperti dikatanya, ‘Allahuma Aaminnii Min’ (sebutkan namanya), ‘Allahuma Akfinii Syarrahu’ (ertinya Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatannya) sekali sama ada yang ditakuti itu orang zalim, jahat, harimau dan sebagainya, insyaAllah aman ia daripadanya.

27. AS SAMIIK

- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan sembahyang zuhur, insyaAllah Allah akan kurniakan segala hajatnya.

- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari siang dan malam, insyaAllah disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Samiik’ 500 kali kemudian daripada sembahyang dhuha pagi-pagi hari Khamis dan lalu berdoa ia akan Allah dan menyebut ia akan hajatnya, insyaAllah diperkenankan doanya dan ditunaikan hajatnya dan jadilah ia mustajab doa.

28. AL BASIIR

- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali di antara sembahyang sunat pertama dan sembahyang fardhu Jumaat, insyaAllah Allah akan memberikannya kemuliaan pada pandangan orang lain terhadapnya.

Page 24: Asmaul Husna

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya, ‘Ya Basiir’ dahulu daripada sembahyang Jumaat atau kemudian daripadanya 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi taufik dan dia bagi perkataan dan amal yang soleh.

- Barang siapa berzikir dengan dia 100 kali antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya hari Jumaat, insyaAllah mendapat ia akan afiat Allah.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam, insyaAllah disembuhkan ia daripada daif penglihatan matanya.

29. AL HAKAM

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hakam’ lepas tengah malam dengan bersuci daripada hadas dan najis dan hadir hati 68 kali, insyaAllah dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmat.

- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali pada malam hari, insyaAllah banyak rahsia akan diberikan Allah kepadanya.

30. AL ADL

- Pada malam Jumaat, jika anda menulis Nama ini di atas sekeping roti, insyaAllah orang ramai akan mengikut fikiran atau pandangan anda.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Adl’ tiap-tiap lepas sembahyang, 104 kali, insyaAllah hasil baginya mashyur dan banyak keadilan dan tertarik kepadanya segala hati manusia.

- Barang siapa menulis akan dia atas 20 suap dari roti pada hari atau malam Jumaat dan dimakannya akan dia, insyaAllah ditundukkan baginya segala makhluk.

31. AL LATIIF

- Barang siapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, jika ia membaca atau menyebut Nama ini 100 kali selepas sembahyang sunat dua rakaat, insyaAllah maka kehendaknya akan dipenuhi Allah.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini setiap siang ataupun malam sebanyak 129 kali, kemudian melanjutkan membaca ayat Al-Quran sebagai berikut : Allahu Lathiifun Bi’ – ibaadihi Yarzuqu May Yasyaa-u Wahuwal Qawiyyul `Aziz ‘ sebanyak 9 kali, lalu melanjutkan doa seperti berikut : Alaahumma Inni Asp-Aluka Yaa Lathiifu-Yaa Lathiifu, Yaa Inni As-Aluka Antakthufa Bii, Min Khafiyyin, Khafiyyin, Khafiyyin Luthfikal Khafiyyil Khafiyyii, Alladzii Idzaa Lathofa Bihii Li-Ahadin Min Khalqikabaqiya, Innakan Qulta Wa Qaulukai Haqqu’.

Page 25: Asmaul Husna

Allahu Lathiifun Bi’ibadihi, Yazuqu Man Yasyaa-U-Wahuwal Qawiyyul`Aziiz.

Washalla-llahu `Alaa Sayyidinna Muhammadin Wa’alaa Aalihi Washahbihi Wasallam, Wal Hamdu Lillaahi Rabbi’ `Aalamiin.

Dengan cara demikian, diamalkan setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh taufik dan hidayat daripada Allah, dan Allah berkenan memenuhi hajat kita dan kita akan memperoleh rezeki yang baik dan bagus atas rahmat Allah dan berkat Nama itu.

32. AL KHABIIR

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Khabiir’ 7 hari, tiap-tiap hari 812 kali, insyaAllah akan datang kepadanya rohaniah dengan segala khabar yang dikehendaki. Apabila ia mengkehendaki akan melihat sesuatu, maka hendaklah ia membaca firman Allah, ‘Alaa Yallamu Man Khalaqa, Wahuwal Lathiful Khabiir’ 9 kali ketika hendak tidur, insyaAllah ia akan bermimpi ia melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya itu.

- Barang siapa disakiti oleh seseorang, maka hendaklah ia membanyakkan berzikir dengan nama ini, insyaAllah bebas ia daripadanya.

- Barang siapa mempunyai kebiasaan atau tabiat yang tidak disenangi, apabila terus menyebut nama ini, insyaAllah akan hilang kebiasaan tersebut.

33. AL HALIIM

- Jika seseorang menulis Nama ini diatas sekeping kertas, dan meletakkan di tempat benih ditanam, insyaAllah tidak ada kerosakkan dan bencana yang akan menimpa tanamannya.

- Apabila mengekali oleh seseorang / pemimpin berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Haliim’ tiap-tiap lepas sembahyang 88 kali, insyaAllah tetap ia dalam pangkat / kedudukannya.

- Barang siapa menulis akan dia 41 kali pada kertas dan dihapusnya akan dia dengan air mawar, dan jika tiada, maka dengan air biasa, dan disapukan dengan air itu akan barang-barang pencariannya atau alatnya, insyaAllah zahir padanya berkat, atau disiramkan air itu akan perhumaan (kawasan pertanian), insyaAllah aman daripada segala kejahatan.

34. AL `AZIIM

- Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya ‘Aziim’ berulang kali, insyaAllah akan dimuliakan.

Page 26: Asmaul Husna

- Apabila berzikir dengannya oleh orang yang takut daripada syaitan atau takut daripada sultan seperti dibacakannya, ‘Ya ‘Aziim’, 12 kali dan ditiupkannya akan dia atas dirinya, insyaAllah aman ia daripadanya.

- Barang siapa berzikir 7000 kali tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam sampai satu bulan, insyaAllah menjadi besar kadarnya dan datang kepadanya kelebihan yang banyak, dari segi kemuliaan, kedudukan dan kesenangan dunia.

35. AL GHAFUUR

- Barang siapa yang pening kepala, demam dan berputus asa, dan berulang kali membaca nama ini, insyaAllah akan sembuh penyakitnya.

- Barang siapa menulis akan dia atas orang sakit demam dan seumpamanya 3 kali, insyaAllah sembuh ia.

- Sesiapa yang berusaha mengamalkan membaca ‘Ya Ghafuur’ sebanyak mungkin setiap hari, insyaAllah doa dan permohonan kita dikabulkan.

- Apabila kita dalam keadaan mengalami kesulitan dan kesukaran, maka baca saja ‘Ya Ghafuur’ sebanyak 7000 kali setiap malam, insyaAllah kesulitan dan kesukaran itu akan pergi daripada kita.

36. AS SYAKUUR

- Apabila menulis akan dia 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau lelah (penat) badan atau daif mata dan dihapusnya akan dia dengan air dan disapukannya air itu kepada badannya atau matanya dan juga diminum akan dia, insyaAllah mendapat ia berkat dari yang demikian itu.

- Jika mata seseorang kurang terang, hendaklah tulis ‘Ya Syakuur’ 40 kali (dengan huruf jawi) di atas kertas putih. Sesudah itu kertas putih yang ditulis itu direndamkan di dalam air dan air itu dibuat sapu mata. Lakukan setiap hari sehingga berhasil, insyaAllah akan terang kembali mata orang itu semula.

37. AL `ALIY

- Barang siapa menulis akan dia 110 kali dan digantungkan akan dia atas anak-anak kecil, insyaAllah ditunjukkan akalnya kepada kebaikan, atau digantungkan atas orang fakir miskin, insyaAllah akan mendapat kesenangan.

- Barang siapa yang nasibnya kurang baik, apabila membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya akan cerah, pengembara pula akan selamat tiba ke kampung halamannya.

Page 27: Asmaul Husna

- Jika seseorang menulis dengan huruf jawi/arab ‘Ya Aliy’ sebanyak 110 kali di kertas putih dan direndamkan ke dalam air yang dingin, kemudian air itu diminumkan pada anak kecil yang tumpul otaknya setiap pagi, insyaAllah akan terkabul hasrat untuk mencerdaskan otak anak itu.

38. AL KABIIR

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Kabiir’ setiap lepas sembahyang fardhu 232 kali, insyaAllah terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya dan jika ia ada terhutang, insyaAllah terbayar hutangnya.

- Jika berzikir dengan Nama ini oleh orang yang dicabut atau dilucut daripada pangkatnya 7 hari berturut-turut dan setiap dikembalikan ia kepada pangkatnya itu.

- Barang siapa yang membaca Nama ini dengan bacaan ‘Ya Kabiir’ sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah akan beroleh penghormatan.

- Bagi seseorang penuntut yang sedang belajar atau menuntut ilmu yang mengharapkan agar berhasil dan lulus dalam ujiannya, amalkanlah membaca ‘Ya Kabiir’ 232 kali setiap selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan berhasil hasratnya itu.

39. AL HAFIIZ

- Barang siapa yang membaca nama ini sebanyak 16 kali setiap hari, insyaAllah akan dijauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.

- Barang siapa berzikir dengan sebutan ‘Ya Hafiiz’ atau dituliskannya 998 kali dan ditanggung oleh dia, insyaAllah terpelihara ia daripada bahaya sekalipun ia tidur di tempat adanya harimau atau haiwan liar.

- Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di dalam hutan belantara yang banyak terdapat binatang buas, bacalah ‘Ya Hafiiz’ 99 kali, insyaAllah diselamatkan Allah daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah.

40. AL MUQIIT

- Jika seseorang mempunyai anak yang berperangai tidak baik, baca nama ini berulang kali dalam segelas air, dan memberi si anak minum air itu, insyaAllah anak itu akan berubah dan berperangai baik.

- Apabila seseorang berpuasa yang merasa sangat kelaparan, menulis akan dia atau membaca sebanyak 41 kali atau 550 kali atas tanah dan dibasahi akan dia dengan air kemudian diciuminya akan dia, insyaAllah dikuatkan ia atas menahan lapar itu.

Page 28: Asmaul Husna

41. AL HASIIB

- Jika barang siapa yang berasa takut harta bendanya kecurian, takutkan hasad dengki orang terhadapnya atau dipersalahkan atau disakiti, bacalah nama ini 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Pada kali ke 71, sebutlah : Allah adalah penjaminku (Habiyallah-ul-Hasib) dan ia kelak insyaAllah akan terlepas dari ketakutan-ketakutan tersebut.

- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Hasiib’ oleh orang yang takut dikalahkan oleh kawan-kawan atau kerabatnya. Pagi-pagi dahulu daripada terbit matahari dan petang kemudian daripada maghrib 77 kali, sampai 7 hari, insyaAllah diamankan ia daripada barang yang ditakutinya itu dan permulaan berzikir itu pada hari Khamis.

42. AL JALIIL

- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Jaliil’ dan dikekalkan pada setiap hari dan malam dengan membaca 73 kali ditanggung akan dia, insyaAllah atau ditulisnya Nama ini dengan kasturi dan kunyit, danmenjadi hebat dan besar perubahan dalam hidupnya.

- kemudian Barang siapa yang menulis ‘Ya Jaliil’ di atas sekeping kertas dengan kasturi dan kunyit, daripada tanah, insyaAllah menyucikannya dan meminum air itu dengan suatu bekas yang diperbuatakan dihormati oleh semua orang.

43. AL KARIIM

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Kariim’ tiap-tiap hendak tidur 270 kali atau lebih, insyaAllah berhasil baginya kemurahan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.

- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.

44. AR RAQIIB

- Barang siapa yang membaca berulang kali Nama ini sebanyak 7 kali, keluarga dan harta bendanya, insyaAllah semua akan dijagai oleh Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Raqiib’ 50 kali dengan niat minta pelihara akan barang yang ghaib daripadanya, insyaAllah terpelihara ia.

- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang kehilangan sesuatu, tiap-tiap lepas sembahyang 312 kali, insyaAllah dikembalikan barang yang hilang itu atau segera digantikan.

Page 29: Asmaul Husna

- Barang siapa hendak bermusafir / perjalanan jauh, dan takut ia atas anak isterinya daripada melakukan kejahatan, maka meletak ia akan tangannya atas leher isteri dengan membaca ‘Ya Raqiib’ 7 kali sekalipun berzikir / membaca itu dengan hati, insyaAllah terpelihara ia daripadanya.

- Barang siapa takut akan anak yang didalam perut ibunya daripada gugur kandungannya, maka membaca ia akan ‘Ya Raqiib’ 7 kali, insyaAllah anak itu tiada gugur.

45. AL MUJIIB

- Barang siapa yang membaca nama ini berulang kali dan memohon sesuatu daripadaNya, insyaAllah nescaya akan diterima Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mujiib’ 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyaAllah dikabulkan doanya.

46. AL WAASIK

- Barang siapa yang mengalami kesulitan mencari rezeki yang halal, bacalah Nama ini selalu, nescaya rezekinya akan murah.

- Barang siapa mengamalkan berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Waasik’ tiap-tiap hari dan malam 127 kali, insyaAllah hasil baginya keluasan dan kelepasan daripada kehinaan dan selamat daripada iri hati, dengki dan loba dan mendapat ia akan qana’ah.

47. AL HAKIIM

- Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, tak henti-henti dari masa ke masa, insyaAllah tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Hakiim’ pada setiap hari dan malam sekurang-kurangnya 300 kali, insyaAllah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yang memberi mudarat akan dirinya.

- Bagi seseorang penuntut / pelajar yang menuntut ilmu, sekiranya diamalkan berzikir dengan membaca ‘Ya Hakiim’ 300 kali pada setiap hari di waktu pagi dan petang, insyaAllah beroleh kejayaan dalam perjuangannya itu dan terhindar dari mara bahaya.

48. AL WADUUD

- Jika terjadi perbalahan di antara du aorang, dan seorang daripadanya menyebut nama ini sebanyak 1000 kali kepada makanan dan membiarkan musuhnya itu memakannya, insyaAllah maka tidak akan berlaku lagi salah faham di antara mereka berdua.

Page 30: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waduud’ tiap-tiap hari 1000 kali, insyaAllah diperbaiki oleh Allah baginya segala halnya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.

- Barang siapa berzikir dengan dia 1000 kali atas makanan dan dimakannya akan dia serta isterinya, insyaAllah kasih isterinya itu akan taat kepadanya.

49. AL MAJIID

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Majiid’ setiap hari kemudian daripada sembahyang subuh 99 kali, lalu ditiupkannya kepada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu kepada mukanya, insyaAllah hasil baginya kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.

- Apabila orang yang berpenyakit kidal puasa pada hari biidh, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 tanggal bulan Islam (3 hari dalam satu bulan) dan berzikir dengan menyebut ‘Ya Majiid’ ketika hendak berbuka puasa sebanyak 100 kali atau lebih, insyaAllah sembuh ia daripadanya dengan sebab atau tiada sebab, dengan kehendak Allah jua.

- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Majiid’ berulang kali, insyaAllah, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.

50. AL BAA’ITS

- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan berasa takut kepada kekuasaan Allah.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baa’its’ ketika hendak tidur dan menghantarkan ia akan tangannya atas dadanya dan berzikir akan Nama itu 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi akan dia ilmu dan hikmat.

51. AS SYAHIID

- Barang siapa yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibu bapa, apabila membaca Nama ini berulang kali, kepada anaknya, insyaAllah anak itu akan menurut perintah.

52. AL HAQQ

- Barang siapa yang hilang sesuatu dan menyebut Nama ini berulang kali, insyaAllah akan dijumpai barangnya yang hilang itu.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haqq’ banyak-banyak pada tiap-tiap malam, insyaAllah ditetapkan ia atas taat.

Page 31: Asmaul Husna

- Barang siapa menulis akan dia atas kertas persegi empat, segala penjuru yang empat, kemudian ia taruh akan dia atas tapak tangannya dan berdoa kepada Allah waktu sujud, minta hilangkan akan segala yang mendukacitakan dia, insyaAllah kabul.

53. AL WAKIIL

- Barang siapa yang takut akan kelemasan, binasa di dalam kebakaran atau bahaya-bahaya yang seumpamanya, apabila membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Wakiil’ berulang kali dari masa ke masa, insyaAllah akan dilindungi oleh Allah.

- Barang siapa takut akan angin kencang (ribut) atau petir dan sebagainya, amalkan membanyakkan membaca ‘Ya Wakiil’ sebanyak mungkin, insyaAllah dipalingkan atau dielakkan ia daripadanya.

- Barang siapa membanyakkan berzikir nama ini pada setiap hari atau malam 66 kali atau lebih, sampai 1000 kali, insyaAllah dibukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.

54. AL QAWI

- Barang siapa yang tidak berdaya menewaskan musuhnya, apabila membaca nama ini berulang kali, dengan niat ia tidak akan membinasakan, insyaAllah akan terlepas dari kebinasaan.

- Barang siapa berasa daif pada hemahnya atau pada badannya, maka hendaklah membanyakkan ia berzikir dengan nama ini yang kemudiannya ditambah dengan sebuatan ‘ Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah ia akan mendapat kekuatan yang diperlukan itu.

- Barang siapa dizalimi dan dianiyai orang, maka berzikirlah dengan ‘Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripadanya.

55. AL MATIIN

- Barang siapa berzikir dengannya atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan seperti dikatanya ‘Ya Matiin’ 10 kali, insyaAllah dipeliharakan ia daripada kejahatan zina.

- Barang siapa menulis Nama ini 500 kali dan diminumkan airnya bagi perempuan yang sedikit air susunya, insyaAllah menjadi banyak air susunya.

- Sekiranya seseorang itu menghadapi kesusahan dan menyebut Nama ini berulang kali dengan sebutan ‘Ya Matiin’ , insyaAllah kesusahan yang dialaminya itu akan terhapus.

56. AL WALI

Page 32: Asmaul Husna

- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Wali’ ini, ada berkemungkinan menjadi seorang waliullah, iaitu orang yang menjadi kekasih Allah.

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wali’ pada malam Jumaat, 1000 kali, insyaAllah dihisab akan dia dengan hisab yang mudah, di Hari Kiamat.

- Barang siapa setiap selepas sembahyang fardhu membaca ‘Ya Wali’ 111 kali selama sebulan, insyaAllah kalau ada orang yang mahu menjatuhkan kedudukan atau pekerjaannya tidak akan berhasil.

57. AL HAMIID

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Hamiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh 62 kali, insyaAllah jadilah ia terpuji dalam perbuatannya dan perkataannya.

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 100 kali setiap kali lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah jadi ia daripada orang yang soleh.

- Barang siapa berzikir dengannya kemudian daripada sembahyang Subuh 99 kali, kemudian ditiupkannya pada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu akan mukanya, insyaAllah dimuliakannya dan ditolonginya dan dijadikan mukanya terang dan bersih.

- Barang siapa yang menyebut nama ini berulang kali, insyaAllah akan dikasihi dan dihormati.

58. AL MUHSI

- Barang siapa yang takut disoal pada hari pembicaraan, sebutlah nama ini 1000 kali, insyaAllah nescaya akan mendapat ketenangan.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya, ‘Ya Muhsi’ 20 kali atas 20 pecahan roti dan diberi makan akan dia bagi orang yang dikehendakinya, insyaAllah ditundukkan ia baginya.

- Barang siapa yang menginginkan bermuraqabah (mendekatkan diri kepada Allah – tidak setiap orang akan dapat melaksanakannya tanpa menperoleh hidayah daripada Allah), amalkan berzikir dengan lafaz ‘Ya Muhsi’ setiap hari sehabis solat sebanyak 148 kali, paling sedikit. Dan boleh yang lebih banyak lagi dengan membaca 1480 kali setiap hari, insyaAllah berkat khasiat dan pertolonganNya anda akan berhasil.

59. AL MUBDIK

Page 33: Asmaul Husna

- Barang siapa yang membaca nama ini sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan yang sedang mengandung yang takut keguguran, insyaAllah ia akan terhindar daripada bahaya tersebut.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyaAllah dibanyakkan hartanya dengan tiada terbilang.

- Bagi seseorang peniaga yang sentiasa sibuk dengan urusniaganya baik di dalam atau di luar negeri berzikir membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah segala pekerjaannya itu akan beroleh kejayaan berkat pertolongan Allah s.w.t.

- Bagi seseorang pengusaha dalam apa jurusan hidup sekalipun, mengamalkan membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah akan melihat hasil usahanya berkat Nama Allah tersebut.

60. AL MU’IID

- Barang siapa yang membaca nama ini 70 kali untuk seorang yang tinggal jauh dengan keluarganya, insyaAllah orang itu akan pulang dengan selamatnya.

- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mu’iid’ 1000 kali oleh orang yang bingung, insyaAllah dapat petunjuk ia kepada yang benar.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia dan dengan Nama yang dahulunya seperti dikatanya ‘Ya Mubdi’ u Ya-Mu’iid’ ketika lupakan sesuatu, insyaAllah ingat ia akan dia.

61. AL MUHYI

- Barang siapa yang menanggung beban yang berat dan membaca nama ini sebanyak 7 kali setiap hari, insyaAllah bebannya itu akan diringankan atau terhapus sama sekali.

- Barang siapa seperti dikatanya ‘Ya Muhyi’ 68 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.

- Barang siapa berzikir dengan dia sebanyak itu tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah dikeluarkan daripada badannya segala penyakit.

62. AL MUMIIT

- Nama ini dibaca berulang kali untuk menghancurkan musuh seseorang.

Page 34: Asmaul Husna

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika hendak tidur seperti dikatanya ‘Ya Mumiit’ 490 kali atau lebih, insyaAllah nafsunya mahu tunduk bagi memperbuat taat.

63. AL HAYY

- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan dipanjangkan umurnya.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hayy’ 300 000 kali, insyaAllah tiada sakit ia selama-lamanya atau sedikit sakitnya.

- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan nama ini sebanyak mungkin, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehingga akan selamat dari sifat munafik dan syirik, dengki dan bongkak, iri dan dendam dan sifat-sifat sebangsanya.

64. AL QAYYUUM

- Barang siapa yang membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Qayyuum’ berulang kali, insyaAllah tidak akan menjadi lalai.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Qayyuum’ banyak-banyak, insyaAllah dihilangkan daripadanya tidur atau lalai.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini yang dahulunya disebut ‘Ya Hayyu-Ya-Qayyuum’ setiap hari siang atau malam 1000 kali, insyaAllah adalah ia menjadi kaya banyak hartanya, diturut orang perkataannya, menjadi berbahagia, hebat, dimuliakan orang, dipeliharakan daripada segala bala dan mudarat, dan daripada orang zalim, dan sampai ia akan martabat yang tinggi. Dengan menggunakan amalan yang demikian itu seperti kata Imam Al Ghazali.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan nama ini di tengah laut, insyaAllah diamankan ia daripada karam atau tenggelam dalam air. Ini bertepatan dengan maksud sebuah cerita sejarah iaitu “ Dicerikatan bahawa Bani Israel telah menanyakan kepada Nabi Musa a.s tentang Nama Allah ‘Al Aziim’ sewaktu mereka hendak mengharungi Laut Merah. Musa menjawab : Ucapkanlah : Ahiya sarahhiya yakni ‘Hayyu-Ya-Qayyuum’, “Wahai (Tuhan) yang hidup, wahai yang berdiri sendiri”, maka terlepaslah mereka dari bahaya ketenggelaman dan kelemasan.

65. AL WAAJID

- Barang siapa yang membaca ‘Ya Waajid’ berulang kali akan beroleh kekayaan jiwa.

Page 35: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wajiid’ atas tiap-tiap sesuap dari makanannya, insyaAllah dikuatkan hatinya.

66. AL MAAJID

- Barang siapa yang menyebut nama ini dengan sebutan ‘Ya Maajid’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat kemuliaan.

- Barang siapa yang membaca ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap hari terutama para pelajar, insyaAllah berkat pertolongannya dia akan memperoleh kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak mudah lupa. Disamping itu, si pelajar tersebut perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk mendapatkan kejayaan.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap pagi dan petang sampai isyak dan seterusnya, insyaAllah terang hatinya.

67. AL WAAHID

- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali ketika keseorangan dan pada tempat yang sunyi, insyaAllah akan terselamat dari rasa ketakutan dan khayalan.

- Barang siapa berzikir dennga ndia seperti dikatanya ‘Ya Waahid’ 1000 kali, insyaAllah keluar dari hatinya oleh pergantungan atau takut akan makhluk.

- Barang siapa berumah tangga tetapi belum dikurniakan anak, maka berwiridlah membaca ‘Ya Waahid’ 190 kali setiap selesai sembahyang lima waktu selama sebulan, lebih-lebih lagi kalau disetai dengan puasa sunat Isnin dan Khamis, insyaAllah dikurniakan anak.

Khasiat dan faedah yang boleh ditemui bagi sesiapa yang mengamalkan membaca ‘Ya Ahad’ dalam amal ibadatnya sehari-hari ialah “Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 1000 kali, insyaAllah akan dibukakan rahsia kepadanya oleh Allah”.

68. AS SAMAD

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Samad’ ketika sahur 125 kali, insyaAllah zahir kebenaran pada hatinya.

- Barang siapa berzikir dengannya tiap-tiap hari 150 kali, insyaAllah kuat kehendaknya dan ditolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit kelaparan.

Page 36: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Samad’ berkekalan atau berterusan tiap-tiap hari atau malam pada tempat sunyi daripada manusia 350 kali atau lebih, insyaAllah diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Samad’, Allah akan menyediakan keperluannya dan ia tidak perlukan bantuan orang lain, tetapi sebaliknya orang lain akan memerlukannya.

- Barang siapa yang kerapkali membiasakan berzikir dengan ‘Ya Samad’ kebetulan orang yang kehilangan sesuatu barang, insyaAllah berkat pertolongan Allah barang yang hilang itu akan diperoleh / ditemui kembali.

- Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.

69. AL QAADIR

- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Qaadir’ berulang kali, insyaAllah semua permintaannya akan diterima Allah.

- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dengan bacaan ‘Ya Qaadir’ 100 kali atau 200 kali kemudian daripada sembahyang 2 rakaat ketika daif zahir atau batin, insyaAllah ia mendapat kekuatan.

- Bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihat cita-cita itu tercapai jaya, bacalah ‘Ya Qaadir’ 305 kali setiap hari, insyaAllah maksud dan cita-citanya berhasil.

70. AL MUQTADIR

- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan sedar akan kebenaran.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan sebutan ‘Ya Muqtadir’ tiap-tiap bangun daripada tidur 100 kali, insyaAllah adalah ia dalam inayah dan petunjuk daripada Allah Taala.

- Barang siapa membanyakkan berzikir membaca ‘Ya Muqtadir’ 554 kali setiap hari, insyaAllah segala hajat dan maksudnya dikabulkan Allah.

71. AL MUQADDIM

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Muqaddim’ ketika masuk ke medan perang, insyaAllah tiada mengenai akan dia oleh mudarat atau kecelakaan.

Page 37: Asmaul Husna

- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Muqaddim’ ketika berada di medan peperangan, atau sesiapa yang berasa ketakutan ketika keseorangan di tempat gerun dan mengkagumkan, ia tidak akan menghadapi bahaya bencana.

- Barang siapa membaca ‘Ya Muqaddim’ sebanyak 184 kali, setiap hari sebagai amalan zikir, insyaAllah segala macam usahanya mendapat kemajuan dan kejayaan.

72. AL MUAKKHHIR

- Barang siapa membiasakan membaca ‘Ya Muakkhhir’ 1000 kali setiap hari, nescaya Allah berkenan membukakan baginya pintu-pintu keampunan untuk diterima permohonannya. Allah berkenan menurunkan rahmat dan keredhaanNya, menerima taubatnya dan menjadikan ia orang kuat beribadat serta berbakti kepada Allah Taala.

- Barang siapa membaca ‘Ya Muakkhhir’ sebanyak 100 kali di dalam hatinya setiap hari, insyaAllah ia hanya akan cinta kepada Allah. Ia tidak akan diganggu oleh perasaan-perasaan lain.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muakkhhir’ pada setiap hari, sebanyak 300 kali atau lebih, insyaAllah dibukakan atasnya pintu taubat dan taufik (petunjuk) daripada Allah.

73. AL AWWAL

- Barang siapa yang menginginkan anak, atau ingin bersama seseorang yang sedang mengembara, sebutlah Nama ini 1000 kali selama 40 kali Jumaat.

- Barang siapa berzikir dengan dia selama di dalam musafir seperti dikatanya ‘Ya Awwal’ tiap-tiap hari Jumaat 1000 kali, insyaAllah dihimpunkan ia atas yang ditontonnya.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika permulaan tiap-tiap pekerjaan, insyaAllah sempurna pekerjaan itu atas sebaik-baik hal.

- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Awwal’ 370 kali selama hidupnya tiap-tiap hari, insyaAllah berkenan memudahkan baginya akan segala hajatnya.

74. AL AAKHIR

- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan memperoleh kehidupan yang baik pada akhir penghidupannya ia akan menemui maut dengan keadaan yang baik pula.

Page 38: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aakhir’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah hatinya menjadi bersih dan bertambah-tambah kebaikan di ahkir umurnya.

- Barang siapa dapat membiasakan membaca ‘Ya Aakhir’ setiap selesai sembahyang lima waktu sebanyak 200 kali selama sebulan, insyaAllah berkenan membukakan baginya pintu rezeki yang halal.

75. AZ DZAAHIIR

- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dzaahiir’ ketika timbul matahari 500 kali, insyaAllah diterangkan mata dan hatinya.

- Barang siapa yang membaca Nama ini 15 kali selepas sembahyang Jumaat, insyaAllah cahaya (nur) Ilahi akan menyinari hatinya.

- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Dzaahiir’ 1106 kali setiap selesai sembahyang fardhu selama satu bulan dalam tempat beribadat, insyaAllah Allah berkenan membukakan hijab kepadanya dari segala rahsia yang pelik-pelik dan diberikan kefahaman ilmu yang sukar-sukar. Berguna sekali jika Nama ini dibaca dan dipraktikkan oleh penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar yang sedang menuntut atau sesiapa yang berminat.

76. AL BAATIN

- Barang siapa yang membaca Nama ini 3 kali setiap hari, insyaAllah akan dapat melihat kebenaran di dalam sesuatu perkara.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baatin’ pada pagi-pagi, tengahari dan petang, insyaAllah jinak hatinya dan tetap nafsunya serta aman ia daripada yang ditakutinya.

- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari 33 kali, insyaAllah dijadikan ia daripada golongan ahli yakin.

- Jika kita mahu mengamalkan membaca ‘Ya Baatin’ selama satu bulan sebanyak 300 kali setiap selesai sembahyang lima waktu, nescaya Allah berkenan membukakan kepada kita dari segala rahsia batin yang berada di alam ini, dan kita dapat melihatnya apa yang tak dapat dilihat oleh orang lain dengan hakikatNya meskipun berada di dasar laut yang dalam. Menurut sesetengah yang mengamalkan membaca Nama ini ada syarat yang perlu diperhatikan, iaitu kita tidak boleh makan daging dan telur selama satu bulan.

77. AL WAALI

Page 39: Asmaul Husna

- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Waali’ dan menghembuskan nafas di dalam rumahnya, insyaAllah rumahnya akan terlepas daripada sebarang bahaya atau bencana.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Waali’ tiap-tiap hari siang atau malam, insyaAllah ia menjadi hebat. Zikir ini patut sangat dibaca oleh pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin negeri.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Waali’ ketika diancam bahaya atau petir, insyaAllah diamankan ia daripadanya.

- Barang siapa membaca ‘Ya Waali’ di waktu siang sebanyak 10 000 kali dan malamnya 10 000 kali, maka Allah berkenan membukakan baginya pintu gerbang makrifat dalam hatinya.

78. AL MUTA’AALI

- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Muta’aali’ berulang kali, insyaAllah akan mencapai dan mendapat kelebihan kebajikan daripada Allah.

- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Muta’aali’ 541 kali, insyaAllah hasil baginya ketinggian dan baik halnya, sehingga perempuan haid atau nifas jika melazimi berzikir dengan Nama ini dalam masa haid atau nifasnya, insyaAllah menjadi baik halnya (urusan hidupnya).

- Barang siapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Muta’aali’ sebanyak mungkin, jika ia menghadap raja atau pemerintah sesebuah negeri dengan sesuatu keperluan, insyaAllah akan berhasil.

79. AL BARR

- Barang siapa yang membaca ‘Ya Barr’ berulang kali kepada anaknya itu, insyaAllah akan terlepas dari sebarang kecelakaan.

- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Barr’ insyaAllah hasil baginya kebaikan yang besar.

- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Barr’ sebanyak mungkin dalam amalannya, insyaAllah akan menjamin kehidupannya. Begitu juga segala maksud dan cita-cita akan terkabul. Apabila belayar menerusi laut ataupun darat, insyaAllah selamat dalam perjalanan pergi dan balik berkat mengamalkan Nama ini.

80. AT TAWWAAB

Page 40: Asmaul Husna

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Tawwaab’ tiap-tiap lepas sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat waktu mulai naiknya matahari setinggi segalah hingga tergelincir matahari. Sependek-pendeknya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat enam salam) 360 kali atau mengekali tiap-tiap hari 500 kali, insyaAllah nyata diterima taubatnya.

- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah taubatnya diterima Allah.

- Sesiapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Tawwaab’ sebanyak mungkin, insyaAllah berkenan memudahkan baginya jalan kembali yang benar dan diredhai oleh Allah.

81. AL MUNTAQIM- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh kemenangan bila menghadapi musuhnya.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Muntaqim’ ketika tidak kuasa melawan musuh sebanyak 630 kali atau lebih, insyaAllah ditolong akan diatasnya.

82. AL `AFUWW- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah semua dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Afuww’ tiap-tiap hari siang atau malam 156 kali atau lebih, insyaAllah dibukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.- Barang siapa takut dihukum, maka berzikir dengan dia 156 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.- Barang siapa senantiasa membaca ‘Ya Afuww’ setiap hari maka ia akan disenangi orang, dan terhindar dari pemusuhan.

83. AR RAAUUF- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.- Barang siapa berzikir dengannya seperti disebut ‘Ya Raauuf’ ketika marah atau dimarahi orang atau disisi orang marah, hendaklah dibaca 10 kali dan membaca selawat ‘Allahuma-saliaala-Muhammad’ 10 kali, insyaAllah dihilangkan marahnya atau marah orang itu.- Barang siapa yang banyak berzikir dengan membaca ‘Ya Raauuf’ setiap hari pada waktu siang dan malam, insyaAllah sesiapa saja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan bersedia bagi mereka memberikan pertolongan. Zikir ini berguna sekali bagi semua peringkat masyarakat dan golongan manusia yang mencari keredhaan Allah di muka bumi ini.

84. MAALIKUL MULK

Page 41: Asmaul Husna

- Barang siapa membaca ‘Ya Malaikul-Mulk’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Maalikul Mulk’ pada setiap hari, siang dan malam 212 kali atau lebih, insyaAllah diberinya harta dan kekayaan dengan kurniaNya.- Bagi yang memegang sesuatu teraju pemerintahan atau jabatan kerajaan, jika mengamalkan membaca ‘Ya Maalikul Mulk’ setiap selepas selesai sembahyang 5 waktu 212 kali atau 2120 kali tiap-tiap malam selama sebulan, insyaAllah tak seorang pun yang dapat menggugat kedudukannya itu dan tetap kedudukannya seperti biasa.

85. DZUL JALAAL WAL IKRAAM- Barang siapa yang membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ berulang kali, insyaAllah akan menjadi kaya.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini 300 kali atau lebih, insyaAllah terhasil baginya kebesaran dan kemuliaan.- Barang siapa berzikir dengan Nama yang dulunya seperti disebut ‘Maalikul Mulki-Dzul-Jalaal-Wal-Ikraam’ tiap-tiap hari, siang atau malam 333 kali, insyaAllah baginya memperoleh pangkat kebesaran dan kemuliaan.- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ 1065 kali setiap hari sebulan lamanya, insyaAllah Allah berkenan mengabulkan hajat dan doanya.

86. AL MUQSIT- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muqsit’ 209 kali atau lebih, insyaAllah terpelihara ia daripada was-was syaitan di dalam ibadatnya.- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan terlepas daripada cengkaman syaitan.- Barang siapa yang membaca ‘Ya Muqsit’ setiap hari, insyaAllah, Allah berkenan mencurah kurnia kepada kita untuk menjadi orang paling adil, tidak akan berlaku berat sebelah atau kecurangan dalam memberikan pertimbangan dan hukuman, insyaAllah.

87. AL JAAMIK- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Jaamik’ pada setiap hari siang atau malam 300 kali atau lebih, insyaAllah dihimpunkan antaranya dan antara segala maksudnya.- Barang siapa kehilangan akan sesuatu, maka hendaklah ia berzikir dengan Nama ini banyak-banyak, insyaAllah dikembalikan atau digantikan yang hilang itu dengan segera.- Barang siapa yang membaca ‘Ya Jaamik’ berulang kali, insyaAllah akan bertemu semula barang-barangnya yang telah hilang.- Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang pergi merantau tanpa memberitahu ibu bapanya,jika

Page 42: Asmaul Husna

si ibu bapa itu membaca ‘Ya Jaamik’ sebanyak mungkin, insyaAllah ia akan pulang menemui semula orang tuanya berkat pertolongan Allah.

88. AL GHANI- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghani’ atas penyakit atau bala pada badannya atau badan orang lain sebanyak 1000 kali, insyaAllah sembuh dengan segera.- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari pada waktu siang atau malam sebanyak 1000 kali, insyaAllah dikayakan dia dengan kurnia Allah.- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat kepuasan hati dan tidak akan tamak haloba.

89. AL MUGHNI- Barang siapa yang membaca Nama ini 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyaAllah akan beroleh rezeki yang cukup.- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Mughni’ tiap-tiap hari siang atau malam 1000 kali atau 1111 kali, insyaAllah kaya ia dan tiada kosong di tangannya selama-lamanya.- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 10 Jumaat tiap-tiap malam Jumaat 10 000 kali, insyaAllah zahir baginya kurnia kekayaan mengiringi hidupnya.- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya kian mendalam.

90. AL MAANIK- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Maanik’ setiap hari siang atau malam, insyaAllah ditegahkan daripadanya tiap-tipa mudarat.- Barang siapa berzikir dalam hatinya 161 kali, insyaAllah hilang punca yang antaranya dan antara isterinya daripada kemarahan.- Barang siapa ditegahkan daripada menghasilkan kehendaknya, maka berzikirlah dengan Nama ini banyak-banyak pada setiap pagi dan petang, insyaAllah berhasil kehendaknya.- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah keluarganya akan hidup bahagia.

91. AD DHAAR- Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca Nama ini berulang kali pada malam Jumaat, insyaAllah darjatnya akan ditinggikan oleh Allah.- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dhaar’ tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah dihampirkan ia kepada rahmat Allah.- Apabila seseorang menderita sakit, walhal telah berikhtiar dan berubat dengan pelbagai cara namun tak jua sembuh, disyorkan berzikir fengan Nama ini 1001 kali setiap hari sebagai amalan

Page 43: Asmaul Husna

harian, insyaAllah penyakit yang dihidapi itu akan sembuh dengan izin Allah s.w.t juga.

92. AN NAAFI- Barang siapa yang membaca Nama ini selama 4 hari seberapa banyak yang boleh, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa bencana.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Naafi’ ketika mendapat mudarat, insyaAllah diafiatkan / diselamatkanNya.- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hati ketika berjimak / bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya terhadapnya bertambah mendalam dan diberikan Allah anak yang soleh.- Sesiapa yang berdukacita dan dijangkiti penyakit, cubalah dan amalkanlah membaca ‘Ya Naafi’, insyaAllah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.

93. AN NUUR- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat cahaya Ilahi dalam dirinya.- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Nuur’ tiap-tiap hari, siang atau malam, insyaAllah diterangkan hatinya dan anggotanya.- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Nuur’ sebanyak 256 kali setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh kurniaNya terang hati dan jiwa untuk makrifat kepada Allah, dan Dia berkenan membukakan mata hati kita hingga memperoleh bashirah hati nurani (ertinya pandangan yang jauh atau akal fikiran yang tajam) berkat khasiat berzikir dengan Nama Allah tersebut.

94. AL HAADI- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh ilmu kerohanian.- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haadi’ tiap-taip hari, siang dan malam atau tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 400 kali, insyaAllah dapat petunjuk petolongan, dan terhindar daripada kesukaran.- Imam Ahmad Ali Albuuni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca ‘Ya Haadi ihdinii’, insyaAllah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk, dan kita dapat kembali ke jalan yang kita lalui tadi. Baik kita tersesat jalan itu di dalam kota besar yang belum pernah kita kenal, mahupun kita berada di hutan yang banyak terdapat beraneka macam binatang yang membahayakan. Inilah senjatanya, iaitu kita membaca ‘Ya Haadi, Ya Haadi, Ya Haadi ... ihdinii’, insyaAllah kita selamat berkat pertolongan zikir dengan Nama Allah ini.

95. AL BADII- Barang siapa yang membaca Nama ini 70 kali dengan cara berikut, insyaAllah semua

Page 44: Asmaul Husna

kesulitannya akan terhapus. Bacaannya ialah ‘Ya Badii’ us-samawati wal ard (bermaksud Oh, Dialah yang pencipta yang tiada bandingnya di dunia ini dan di alam semesta).- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Badii’ 70 000 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya dan ditolakkan daripadanya segala mudarat.- Barang siapa berzikir dengan dia, insyaAllah memancar-mancar hikmat daripada hatinya atas lidahnya.

96. AL BAAQI- Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sebelum matahari terbit, insyaAllah akan terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya, dan akan beroleh keampunan di akhirat kelak.- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baaqi’ 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripada dukacita dan kemudaratan.- Barang siapa tercengang-cengang pada sesuatu pekerjaan betapa ia berbuat, maka berzikir dengan dia 1000 kali antara Madhrib dan Isyak, insyaAllah diberi petunjuk ia kepada yang betul.- Apabila kita berzikir dengan lafaz ‘Ya Baaqi’ sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyaAllah jika kita mempunyai kedudukan tidak mudah jatuh, dan jika kita sebagai pengusaha tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang tidak terkira oleh manusia.

97. AL WAARIS- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan lanjut usianya.- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waaris’ dahulu daripada timbul matahari tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah tiada memberi mudarat akan dia oleh sesuatu pada jasadnya (anggotanya).- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan membaca ‘Ya Waaris’ 707 kali tiap-tiap malam walau dimana sahaja berada, insyaAllah akan berhasil dan berjaya segala bidang kehidupan yang diceburinya itu.

98. AR RASYIID- Barang siapa membaca Nama ini 1000 kali di antara waktu sembahyang Maghrib dan Isyak, insyaAllah kesusahan-kesusahannya akan lenyap.- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Rasyiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah diterima segala amalnya.- Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulang kali berzikir dengan ‘Ya Rasyiid’ sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

Page 45: Asmaul Husna

99. AS SABUUR- Barang siapa yang mendapat kesusahan, kesukaran atau berdukacita apabila membaca Nama ini sebanyak 3000 kali, insyaAllah akan diselamatkan daripada kesusahannya.- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Sabuur’ sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari dahulu daripada timbul matahari, insyaAllah tiada mengena akan dia oleh bala pada harinya itu.- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia, insyaAllah diberi akan dia tingkat kebesaranyang elok.

Page 46: Asmaul Husna

ALLAHU Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIIMU Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

AS SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada kekurangan

KHASIATNYA: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.

AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya

KHASIATNYA: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.

Page 47: Asmaul Husna

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ Ertinya Yang Menyalahkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

AL MUSHAWWIRU Ertinya Yang Merupakan Makhluk.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

Page 48: Asmaul Husna

AL GHAFFAARU Ertinya Sangat Mengampuni.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

AL QAHHAARU Ertinya Yang Sangat Keras.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU Ertinya Mengetahui.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari

Page 49: Asmaul Husna

pengancamnya.

AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU Ertinya Yang Menurunkan.

KHASIATNYA: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U Ertinya Maha Mengangkat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U Ertinya Maha Mendengar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU Ertinya Maha Melihat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

AL HAKAMU Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali,

Page 50: Asmaul Husna

Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

AL'ADLU Ertinya Yang Maha Adil.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.

KHASIATNYA: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.

KHASIATNYA: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.

KHASIATNYA: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan

Page 51: Asmaul Husna

pandai.

AL KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.

KHASIATNYA: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.

KHASIATNYA: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

AL MAJIIBU Ertinya Yang Memperkenankan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah

Page 52: Asmaul Husna

semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

AL WAASI'U Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

ASY SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU Ertinya Maha Besar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

Page 53: Asmaul Husna

AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.

KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.

KHASIATNYA: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI Ertinya Yang Menghidupkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

Page 54: Asmaul Husna

AL HAYYU Ertinya Yang Hidup.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.

KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.

KHASIATNYA: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU Ertinya Yang Sangat Kuasa.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU Ertinya Zat yang mendahulukan.

KHASIATNYA: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti

Page 55: Asmaul Husna

dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU Ertinya Zat yang mengakhirkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU Ertinya Maha Nyata.

KHASIATNYA: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU Ertinya Zat yang Maha Ghaib.

KHASIATNYA: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

AL WAALIYY Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.

KHASIATNYA: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII Ertinya Yang Maha Tinggi.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.

KHASIATNYA: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

Page 56: Asmaul Husna

AT TAWWAABU Ertinya Maha Menerima Taubat.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.

KHASIATNYA: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU Ertinya Yang memberi maaf.

KHASIATNYA: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.

KHASIATNYA: Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU Ertinya Yang sangat Adil.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

AL JAAMI'U Ertinya Yang Mengumpulkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU Ertinya Yang Maha Kaya.

KHASIATNYA: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

AL MUGHNII Ertinya Zat yang memberi kekayaan.

Page 57: Asmaul Husna

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.

KHASIATNYA: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU Ertinya Yang menyampaikan mudharat.

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U Ertinya Yang memberi manfaat.

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

AN NUURU Ertinya Yang menerangi.

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.

KHASIATNYA: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII Ertinya Maha Kekal.

KHASIATNYA: Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

AL WAARITSU Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.

KHASIATNYA: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

AR RASYIIDU Ertinya Yang Memberi Petunjuk.

Page 58: Asmaul Husna

KHASIATNYA: Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

AS SABUURU Ertinya Sangat Sabar.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.