22
DOA ASMAUL HUSNA Alhamdulillahi rabbil a'lamin, Allahuma solli a'la Muhammad wa a'laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.... Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat-Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasai segala sesuatu. Ya Allah, kami beriman kepada- Mu, kewujudan-Mu dan kebesaran-Mu, engkaulah Maha Agung dan maha segala-galanya. Ya Allah, dengan nama-Mu al- Rahman, al-Rahim, engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesunggunya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang yang sebenarnya melainkan hanya engkau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah. Ya Allah, dengan nama-Mu al- Malik, raja kepada segala raja, kepimpinan daripada-Mu kami berharap, sesungguhnya kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya engkau. Kami redha menjadikan engkau sebagai pemimpin kami yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain. Ya Allah, dengan nama-Mu al- Quddus, yang Maha Suci, engkaulah

Doa Asmaul Husna

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2016

Citation preview

Page 1: Doa Asmaul Husna

DOA ASMAUL HUSNA

Alhamdulillahi rabbil a'lamin, Allahuma solli a'la Muhammad wa a'laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin....

Ya Allah, dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami mengharapkan Rahmat-Mu, sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasai segala sesuatu.

Ya Allah, kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan kebesaran-Mu, engkaulah Maha Agung dan maha segala-galanya.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Rahman, al-Rahim, engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya Allah. Sesunggunya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang yang sebenarnya melainkan hanya engkau. Segala kasih sayang yang pernah kami harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Malik, raja kepada segala raja, kepimpinan daripada-Mu kami

berharap, sesungguhnya kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya melainkan hanya engkau. Kami redha menjadikan engkau sebagai pemimpin kami yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Quddus, yang Maha Suci, engkaulah Tuhan yang bersih daripada segala kelemahan menyembah dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami. Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain engkau selalu mengecewakan. Kami redha mempertuhankan Engkau Zat yang Maha Suci.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Salam, yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli keluarga kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan keburukan. Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada segala bencana dunia dan akhirat.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Mukmin, yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami takuti. Amankanlah ahli keluarga kami daripada

Page 2: Doa Asmaul Husna

segala sengketa, amankanlah kejiranan kami, amankanlah kawasan kami dan amankanlah negara kami daripada segala kejahatan dan keburukan. Kami sedar bahawa tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun dan damai.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Muhaimin, yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah daripada segala yang tidak baik.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Aziz, yang Maha Mulia, engkaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan yang mulia.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Jabbar, yang Maha Perkasa, bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-Mu kepada kami.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Mutakabbir, yang Maha Megah, Engkau berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada engkau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima murka-Mu.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Khaliq, yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan atau cukuplah sudah anak-anak yang telah engkau berikan kepada kami (Mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan pada diri kami.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Barik, yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan membinasakan kami.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Musowwir, yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki, bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan dan zuriat-zuriat dengan sifat mahmudah agar menjadi anak yang soleh dan solehah

Page 3: Doa Asmaul Husna

serta cucu soleh dan solehah, kembalikanlah kesempurnaan kami hanya engkau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah segala bentuk.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Ghaffar, kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya engkau tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.

Ya Allah, dengan nama-Mu al-Qohhar, yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami dan jangan engkau paksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah engkau paksakan kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya engkau paksalah mereka, ___ bin ___ (sebut nama-nama) atau sesiapa sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami. Engkaulah maha segala-segalanya dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kami.

Ya Allah, ya Wahhab, wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan),

sesungguhnya apa yang engkau berikan tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja yang engkau berikan tiadak ada siapa yang dapat memberinya.

Ya Allah, ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukupkanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.

Ya Allah, ya Fattah, wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala kesusahan dan kesulitan kami.

Ya Allah, ya A'liem, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Engkau mengetahui sesuatu yang kami tidak ketahui, Engkau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang engkau ketahui baik untuk kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang engkau ketahui tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.

Page 4: Doa Asmaul Husna

Ya Allah, ya Qabidh, wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang ada pada kami, dan jangan engkau cabut nikmat yang engkau telah berikan kepada kami lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan binasalah kami tanpa nikmat daripada-Mu. Sebaliknya engkau cabutkan sahaja segala kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami yang terdiri daripada orang-orang kafir, Yahudi, Nasrani, Musyrik dan Munafik.

Ya Allah, ya Basith, wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah luas, Rahmat-Mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas, luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskanlah pemberian-Mu kepada kami, luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.

Ya Allah, ya Khafidh, wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Engkau akan menjatuhkan siapa yang engkau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah mereka yang berniat mengkhianati kami, engkaulah maha segala-galanya dan kami tidak ada kuasa dan upaya.

Ya Allah, ya Rafi', wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkatlah darjat kami di sisi-Mu, angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akhirat. Angkatlah darjat kami di sisi mereka yang menghina kami.

Ya Allah, ya Mu'iz, wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Engkau memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami di sisi mereka yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu, kepada siapa lagi hendak kami berserah diri.

Ya Allah, ya Mudzil, wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Engkau hina dan tidak akan hina orang yang Engkau muliakan, maka kepada-Mulah tempat kami menaruh pengharapan kami, sesungguhnya Engkau tidak akan mensia-siakan kami, janganlah Engkau masukkan kami di kalangan mereka yang hina.

Ya Allah, ya Sami', wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami, denganlah segala doa dan permintaan kami, janganlah

Page 5: Doa Asmaul Husna

Engkau palingkan diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah kami.

Ya Allah, ya Basir, wahai Tuhan Maha Melihat, engkau melihat siang dan malam, engkau melihat gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah tanpa penglihatan-Mu, engkau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk kami, engkau lihatkan untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang dan malam, gelap dan terang.

Ya Allah, ya Hakam, wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hukum-hukum-Mu adalah yang paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang sebaliknya untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Engkaulah yanag Maha Menghukum, dan hukuman-Mu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.

Ya Allah, ya A'dl, wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih adil daripada-Mu, kepada keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil, jadikanlah kami ibu bapa yang adil,

jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa bersikap adil.

Ya Allah, ya Latif, wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.

Ya Allah, ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.

Ya Allah, ya Halim, wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan kesantunan-Mu, kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.

Ya Allah, ya A'zim, wahai Tuhan yang Maha Agung. Engkaulah yang paling agung, tidak ada yang lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan penguasa yang zalim, engkaulah maha segala-galanya.

Ya Allah, ya Ghafar, wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan dan

Page 6: Doa Asmaul Husna

kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan. Hapuskanlah segala dosa-dosa kami, kami berharap agar dapat mati dengan keadaan tiada dosa ya Allah, sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang berdosa.

Ya Allah, ya Syakur, wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hamba-Nya, tatkala manusia menghargai segala usaha kebaikan kami kepada mereka, maka engkau hargailah segala kebaikan amalan kami, engkaulah yang mengetahui akan kesungguhan kami, janganlah engkau sia-siakan segala amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat dan kekurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga engkau terima segala amalan-amalan kami.

Ya Allah, ya A'liy, wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya melainkan hanya engkau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan janganlah engkau merendahkan kami.

Ya Allah, ya Kabir, wahai Tuhan yang Maha Besar, tiada yang memiliki kebesaran selain engkau,

jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang akan sentiasa membesarkan hanya engkau, janganlah engkau jadikan kami di kalangan mereka yang membesarkan penghidupan dunia, membesarkan harta, membesarkan kedudukan dan pangkat, membesarkan manusia. Kami sedar sikap sedemikian hanya akan menyebabkan engkau murka, maka jauhkanlah kami daripada segala yang menyebabkan kemurkaan-Mu.

Ya Allah, ya Hafiz, wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain keburukan.

Ya Allah, ya Muqith, wahai Tuha yang Maha Menepati Waktu, tiada yang lebih tepat daripada-Mu, setiap ciptaan-Mu telah engkau berikan tempoh dan masa, berikanlah kami waktu yang membolehkan kami berbakti kepada-Mu, sebaliknya engkau matikanlah kami bila mana engkau ketahui dengan waktu itu kami hanya akan menjauhi-Mu.

Page 7: Doa Asmaul Husna

Ya Allah, ya Hasib, wahai Tuhan yang Maha Penghitung, tiada siapa yang lebih tepat dan cepat menghitung daripada-Mu, dengan keimanan kami terhadap nama dan sifat-Mu ini, maka berilah perhitungan yang baik kepada amalan baik kami dan janganlah engkau ambil kira keburukan dan kejahatan kami, ampunkanlah segala kesalahan kami yang lalu.

Ya Allah, ya Jalil, wahai Tuhan yang memiliki sifat Keagungan, tiada siapa yang lebih agung daripada-Mu, terimalah pengakuan ikhlas kami ini dan tetapkan kami dalam keimanan ini, bahawa tiada yang lebih agung dalam kehidupan kami melainkan engkau.

Ya Allah, ya Karim, wahai Tuhan yang Maha Mulia, tiada yang lebih mulia daripada-Mu, maka muliakan kami yang beriman kepada kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka yang tidak beriman kepada kemuliaan-Mu.

Ya Allah, ya Raqib, wahai Tuhan yang Maha Mengawasi, pengawasan-Mu mencakupi setiap pelusuk alam ini, tiada satu pun yang terluput daripada pemerhatian-Mu, maka berikanlah pengawasan-Mu kepada kami, perhatikanlah anak-

anak kami, ahli keluarga kami, jauhkanlah kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.

Ya Allah, ya Wasi', wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan Rahmat-Mu kepada kami.

Ya Allah, ya Hakim, wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijak daripada-Mu, kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-Mu dan segala hukum penetapan-Mu, maka dengan keimanan kami terhadap kebijaksanaan-Mu ini, berikanlah kebaikan daripadanya, jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa menyanjungi ciptaan dan hukum-hukum-Mu, termasuk juga hukum syariat-Mu, janganlah engkau jadikan hati dan pemikiran kami meremehkan hukum-hukum-Mu.

Ya Allah, ya Wadud, Engkaulah Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-Mu adalah hakiki, cinta-Mu adalah sejati, maka cintailah kami, teruskanlah menyintai kami dan jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang menyintai-Mu, menyintai Nabi

Page 8: Doa Asmaul Husna

utusan-Mu, menyintai kitab-Mu, menyintai agama-Mu dan menyintai segala orang yang Engkau cintai. Jadikanlah hati kami benci kepada segala yang engkau benci.

Ya Allah, ya Majid, Engkaulah yang Maha Pemurah, murahkanlah kurniaan-Mu kepada kami, murahkan rezeki-Mu kepada kami.

Ya Allah, ya Ba'is, Tuhan yang Membangkitkan, kami beriman bahawasanya engkau akan bangkitkan kami sesudah mati nanti, bangkitkanlah kami dalam kebaikan dan bersama orang-orang yang baik, bangkitkanlah kami untuk mendapatkan kebaikan, kemuliaan dan keindahan syurga-Mu. Janganlah engkau bangkitkan kami dalam keadaan dosa yang tidak terampun, ingatkanlah kami kepada hari pembangkitan-Mu, janganlah engkau lalaikan kami daripadanya.

Ya Allah, ya Tuhan kami, dengan menggunakan sebahagian daripada nama-nama-Mu yang baik ini, kabulkanlah permintaan kami. Engkau telah menjanjikan akan mengkabulkan permintaan mereka yang berdoa dengan menggunakan nama-nama-Mu.

Kabulkanlah permintaan kami ya Allah, janganlah engkau sia-siakan doa kami ini.

Kami beriman kepada-Mu, beriman kepada nama-nama-Mu, dan beriman kepada sifat-sifat-Mu yang agung. Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, tiada yang berkuasa melainkan hanya engkau.

Wa solallaahu a'laa nabiyyikal karim wa a'laa aalihi wasohbihi ajmain, wal hamdulillaho rabbil a'lamin.

Page 9: Doa Asmaul Husna

DOA UNTUK DIBACA DI TEMPAT-TEMPAT YANG MUSTAJAB

(1) Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim. Pada-Mu jua aku memohon dengan setinggi-tinggi permohonan. Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah, dosa isteriku, dosa kedua ibu bapaku, anak-anakku, saudara-saudaraku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan segala kaum muslimin dan muslimat. Kurniakanlah kami Rahmat-Mu dan selamatkanlah kami daripada azab neraka-Mu.

(2) Ya Allah, Ya Zaljalalu Walikraam. Berikanlah kami keampunan dan keredhaan-Mu Ya Allah. Sampaikanlah segala hajat dan cita-cita kami Ya Allah, bagi urusan dunia dan akhirat kami Ya Allah. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang taat beribadah kepada-Mu dan beramal soleh. Kurniakan kami kesabaran dalam melaksanakan segala perintah-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu. Jadikanlah kami orang-orang yang bertaqwa kepada-Mu.

(3) Ya Hannan, Ya Mannan. Kami moho petunjuk, taufik, dan hidayah-Mu. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan benar yang engkau redhai. Peliharalah iman kami, luaskan rezeki kami dengan rezeki yang halal dan yang mencukupi dan berikanlah kami umur yang berkat Ya Allah. Sejahterakanlah tubuh badan kami dan penglihatan kami. Lepaskan kami daripada perasaan dukacita, hutang, mara bahaya, permusuhan dan malapetaka. Sembuhkanlah kami daripada segala penyakit sama ada zahir ataupun batin. Hiasilah kami dengan perhiasan iman dan akhlak yang terpuji. Rahmatilah kami. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat.

(4) Ya Allah, Ya Haiyu Ya Qaiyuum. Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah agar engkau permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat, jauhkan kami daripada godaan dan tipu daya syaitan serta kuncu-kuncunya. Jadikanlah amalan kami seperti mana amalan orang-orang solehin. Jadikan kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat dan orang-orang yang bertaubat. Ampunkan dosa-dosa kami sebagaimana engkau telah mengampunkan orang-orang yang

Page 10: Doa Asmaul Husna

terdahulu daripada kami. Jadikan kami orang-orang yang takut kepada melakukan maksiat. Jadikan kami hamba-hamba-Mu yang taat dan beramal dengan perintah-Mu sebagaimana orang-orang lain yang mendapat keredhaan-Mu. Bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa berzikir kepada-Mu, Ya Arhamarrahimiin.

(5) Ya Halim, Ya 'Alim, Ya 'Aliiu Ya 'Aziim. Penuhkanlah hati kami dengan iman dan peliharalah iman itu sepanjang hidup kami dan selepas mati kami. Engkau jauhkanlah kami daripada penyakit-penyakit hati, daripada tuli, buta, gila, penyakit kusta dan sopak dan daripada penyakit-penyakit lain yang memudaratkan. Jauhkan kami daripada kepapaan dan dukacita. Kurniakan kami kehidupan yang suci, kematian yang sempurna, dan jalan kembali yang elok. Kami berlindung dengan-Mu daripada dosa dan kemalasan, daripada seksa neraka, daripada seksa kubur dan fitnah kefakiran. Kami mohon kepada-Mu darjat yang tinggi daripada syurga-Mu, Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah! Semoga engkau perkenankan jua permohonan hamba-Mu ini Ya Rahiim.

(6) Ya Haiyu Ya Qaiyum, Ya 'Azim, Ya Rabbal'alamin. Kami bermohon, kurniakanlah kami suami isteri zuriat yang baik-baik, anak-anak yang soleh dan solehah, lembut hati, cerdik dan pintar, menurut kata, rajin, tekun belajar dan beramal soleh. Panjangkan umur mereka, tetapkan iman mereka, murahkan rezeki mereka, sihatkan tubuh badan mereka dan lindungi mereka daripada musibah dan bala bencana Ya Allah. Kami bermohon jadikanlah anak-anak kami berjaya dalam pelajaran dan juga pekerjaan mereka. Kurniakan mereka jodoh yang baik dan jadikan anak-anak cucu mereka nanti orang-orang yang taat dengan perintah-Mu dan perintah rasul-Mu. Jadikan mereka sebagai warisan nabi yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia. Selamatkanlah mereka dunia dan akhirat.

(7) Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim. Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunan kami. Ilhamkanlah kami supaya tetap bersyukur terhadap nikmat dan pemberian-Mu. Kami pohon hati yang tenang tenteram, rendah diri dan cenderung ke jalan yang engkau redhai. Kurniakanlah

Page 11: Doa Asmaul Husna

kami kenikmatan syurga-Mu dan apa-apa yang dapat membawa kami kepadanya sama ada dengan lidah, perbuatan, niat atau iktiqat, dan kami berlindung dengan-Mu daripada azab neraka dan apa-apa sahaja yang boleh mengheret kami kepadanya sama ada melalui lidah, perbuatan, niat atau iktiqat.

(8) Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim. Kami berlindung dengan-Mu daripada perasaan lemah dan malas, perasaan penakut, kikir, lemah dan boros, daripada miskin dan kehinaan. Jauhkan kami daripada kefakiran, kekufuran, perselisihan, munafik, sombong dan riak. Ya Allah, angkatkanlah darjat kami, tutupkan ke'aiban kami dan hapuskan sifat-sifat yang tercela daripada diri kami. Berikan kami kekuatan berfikir, bekerja dan beramal. Kami mohon dengan rahmat-Mu, berikanlah kelapangan, keselamatan dan ketenangan jiwa. Janganlah kiranya Tuhan kami bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang engkau telah bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat.

(9) Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, semoga dengan rahmat-Mu jua engkau masukkan roh-roh mereka dalam kalangan mereka yang sejahtera dan mendapat keredhaan-Mu. Ampunkanlah segala dosa kami terhadap mereka, dan ampunkanlah dosa-dosa mereka terhadap diri kami, sesungguhnya engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka menjaga dan mengasihi kami semasa kami kecil. Cucurilah rahmat ke atas roh-roh mereka dan ampunilah mereka Ya Ar-Haamarrahimiin.

(10) Allahumma Ya Kariim. Terimalah kami serta amal ibadah kami dengan mendapat umrah (haji) yang mabrur. Ya Allah, peliharalah diri kami, keluarga kami, harta benda kami, anak-anak kami, sahabat handai kami, jiran-jiran kami yang kami tinggalkan. Permudahkanlah segala urusan kami di Tanah Haram-Mu dan di Tanah Haram tempat nabi dan kekasih-Mu Ya Allah. Suaikanlah diri kami dengan keadaan cuaca, makan minum dan hal keadaan sepanjang kami berada di tempat ini Ya Allah. Peliharalah dan selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya,

Page 12: Doa Asmaul Husna

kedukacitaan dan bala bencana. Sampaikan hajat kami untuk dapat menngerjakan ibadah umrah (haji) ini dengan sebaik-baiknya Ya Allah. Terimalah umrah (haji) kami sebagai umrah (haji) yang mabrur. Kami datang dengan membawa dosa yang tidak terhingga banyaknya Ya Allah. Kami mohon untuk mendapat belas kasihan-Mu dan mendapat keredhaan-Mu. Ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami Ya Rahman... Janganlah engkau kecualikan kami untuk mendapat rahmat dan keredhaan-Mu... Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah Ya Ar-Haamarrahimiin.

DOA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HAJI MUHAMAD MUSTAFA DARI AKADEMI ISLAM KOTA BHARU KELANTAN DI MASJID ABU BAKAR ASSIDDIQ BANGSAR KUALA LUMPUR PADA 1.12.88

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S.A.W. dan kami meminta perlidungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah S.A.W.

Page 13: Doa Asmaul Husna

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang

berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkan hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan kerajaan engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hamba-Mu yang mengabdi diri kepada engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami lakukan segala yang

Page 14: Doa Asmaul Husna

diperintah oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selespas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkan kami Ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkan kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arsy engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hamba-Mu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al-Khauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.

Page 15: Doa Asmaul Husna

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad S.A.W. dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.