Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    1/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    DEFINISI HAIWAN KESAYANGAN

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu

    makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang

    dipelihara. Oleh itu , haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang

    dipelihara oleh seseorang.

    Haiwan kesayang bermaksud haiwan yang dipelihara di rumah kediaman

    dengan penuh kasih sayang dan suka akan binatang tersebut. Ianya disayangi seperti

    ahli keluarga sendiri dan dijaga dengan penuh belai manja.

    PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMELIHARA HAIWAN

    KESAYANGAN

    Perkara yang perlu ditimbangkan sebelum memelihara seekor haiwan. Antara perkara

    yang penting adalah seperti:

    1. Apakah tujuan anda memelihara haiwan?

    Anda memelihara haiwan kesayangan sekadar teman bermain atau untuk tujuan

    pembiakan atau pertandingan.

    2. Adakah anda bersedia untuk hidup bersamanya?

    Anda bersedia untuk hidup bersama haiwan kesayangan dengan segala keseronokan

    dan masalah yang akan ditimbulkan olehnya?

    3. Adakah anda bersedia membelanja segala benda?

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    2/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Anda bersedia membelanjakan segala apa yang diperlukan untuk memberi makanan

    dan perlindungan kesihatan yang diperlukan.

    4. Adakah ahli keluarga boleh menerima kehadirannya?

    Ahli keluarga dan haiwan lain dalam rumah boleh menerima kehadiran haiwan baru di

    rumah.

    KRITERIA PEMILIHAN HAIWAN KESAYANGAN

    Haiwan kesayang yang dipilih untuk dipelihara haruslah mempunyai kriteria-kriteria

    yang berikut:

    1. Seseorang itu mesti mempunyai masa yang lapang untuk menguruskan haiwan

    peliharaannya.

    2. Haiwan yang dipelihara senang dijaga oleh oleh lain sekiranya pemilik haiwan tersebut

    tidak di sisinya.

    3. Seseorang itu mesti mempunyai nilai-nilai komersial.

    4. Kos pembelanjaan yang berpatutan dan penjagaan yang senang.

    5. Seseorang itu mesti mempunyai minat yang mendalam terhadap haiwan yang akan

    dipelihara.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    3/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN

    Makanan merupakan keperluan asas haiwan kesayangan untuk mengekalkan

    kesihatan, tumbesaran dan mencegah penyakit. Haiwan semestinya diberi makanan

    seimbang yang mengandungi nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, garam

    mineral, vitamin dan lain-lain. Makanan yang diberikan haruslah mencukupi dan

    bersesuaian dengan jenis haiwan yang disayangi. Selain daripada itu, terdapat jenis-

    jenis haiwan yang memerlukan makanan tambahan yang terdiri daripada sayur-sayuran

    hijau. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian makanan kepada haiwan

    kesayang amatlah penting

    KEPERLUAN DALAM PERUMAHAN HAIWAN TERSAYANG

    Sistem perumahan yang selesa dan sesuai dapat mengurangkan tekanan pada

    haiwan tersayang di samping itu membantu mengelakkan serangan penyakit ke atashaiwan tersebut.

    Semasa menyediakan tempat tinggal haiwan kesayang, factor-faktor yang perlu diberi

    perhatian adalah seperti berikut :

    1. Ruang tempat tinggalnya yang sesuai dan selesa.

    2. Ruang pengudaraan yang mencukupi untuk mengelakkan bau najis dan kencing.

    3. Ruang makan, minum yang sesuai.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    4/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    4. Terlindung daripada kepanasan, kesejukkan, hujan dan kegangguan persekitaran atau

    orang ramai.

    MELAHIRKAN ANAK

    Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar

    serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di

    dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiranmungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan

    (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh

    berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

    hamster yang bunting

    http://4.bp.blogspot.com/-qLOX5yaUHfs/UMaaUUhLsmI/AAAAAAAABm8/LhC9M4Al6-0/s1600/100_7998.jpg
  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    5/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Gambar anak-anak hamster yang baru dilahirkan.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    6/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

    Hamster memiliki karakter badan yang bulat dengan ekor yang lebih pendek daripada

    badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar, pendek dan gemuk.

    Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang, dan bulunya memiliki berbagai warna

    tergantung spesies hamster tersebut, contohnya hitam, kelabu, putih, coklat, kuning dan

    merah. Bahagian bawah hamster berwarna putih, kelabu mahupun hitam. Hamster

    Dzhungaria - dikalangan pencinta hamster dikenal sebagai Hamster Winter White

    (Phodopus sungorus) dan hamster kerdil bergaris (Cricetulus barabensis) memiliki garis

    hitam dibawah bahagian tengah punggungnya. Hamster kerdil padang pasir (genus

    Phodopus) adalah hamster terkecil, dengan panjang badan 5 sampai 10 sentimeter(sekitar 2 sampai 4 inci) , sedangkan hamster terbesar adalah hamster Eropa (Cricetus

    cricetus), dengan panjang badan lebih dari 34 sentimeter, tidak termasuk ekor pendek

    yang memiliki panjang 6 sentimeter. Setelah mengetahui sedikit fakta ringkas mengenai

    hamster terdapat beberapa perkara yang telah di ambil kira dalam memilih jenis baka

    untuk dijadikan haiwan peliharaan antaranya ialah:

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    7/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Hamster Sirian

    Faktor pemilihaN JENIS BAKA

    Hamster ini besar dan gerakannya sedikit lambat jika dibandingkan dengan jenis yang

    lain sehingga sangat sesuai bagi anak-anak jika dijadikan sebagai haiwan kesayangn.

    Baka jenis ini sangat mudah dipegang dan mudah dijinakkan. Hamster Syrian juga

    memiliki banyak variasi warna, mulai dari yang polos sampai yang memiliki berbagai

    corak. Kelebihan lainnya adalah hamster Syrian adalah satu-satunya jenis Hamster

    yang memiliki jenis bulu panjang (long hair). Hamster Syrian bersifat soliter (penyendiri),

    jadi bagi orang yang hanya ingin memelihara satu ekor Hamster saja, dapat

    memelihara Syrian tanpa takut merasa Hamster itu akan kesepian tanpa teman

    Hamster lainnya. Namun kami juga tidak mengambil mudah mengenai kekurangan jenis

    baka ini yang perlu di ambil perhatian seperti, perbelajaan kos yang lebih besar untuk

    makanan, kandang dan serbuk kayu, ini kerana ukuran tubuh yang besar memerlukan

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    8/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    segala sesuatunya dalam jumlah yang lebih banyak. Selain itu kaedah pembiakan yang

    sedia ada di kedai haiwan secara masal telah menyebabkan baka ini tidak lagi berkualiti

    serta sering mengalami masalah kekurangan gizi.

    Terdapat tiga ekor hamster syiria yang telah kami pilih untuk ditempatkan di dalam

    sebuah sangkar. Hamster tersebut mempunyai umur diantara 3 hingga 5 bulan yang

    sebelum ini telah dijinakkan. Pada usia ini hamster tersebut telah mencapai usia

    matang dan boleh dibiakkan. Berikut ialah maklumat-maklumat mengenai hamster yang

    dipilih :

    Jenis hamster Jantina Nama

    Hamster

    Warna Bulu Usia

    Pergerakan yang

    lambat sesuai untuk

    dijinakkan

    Saiz yang lebih besar

    mudah dipegang

    Mempunyai warna

    yang pelbagai

    variasi

    Tidak memerlukan

    pasangan boleh hidup

    seekor sahaja

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    9/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Syirian Jantan Mico Putih tompok

    coklat

    12 bulan

    Syirian Jantan Jacob Putih tompokcoklat

    5 bulan

    Syirian Betina Bella Coklat

    keemasan

    5 bulan

    Mico, Jacob, bella

    Jenis-jenis Hamster

    A. HAMSTER SIRIA

    (Mesocricetus auratus) ditemukan pertama kali pada tahun 1930 oleh Iaharoni, seorang

    profesor zoologi universiti habrew, yerusalem. Hamster ini pertama kali ditemukan

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    10/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    didalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir Aleppo, Siria.

    Oleh sebab itu hamster ini dikenali dengan nama hamster Siria (Syrian hamster).

    - umur 2,5 tahun, jika dirawat dengan baik.

    - panjang 15 hingga 20 cm bila sudah dewasa.

    - Jenis hamster siria : (short hair, long hair, rex, satin).

    Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif

    pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya

    yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Mereka akan keluar pada siang

    hari untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak malas dan

    hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya

    aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai skirt.

    Bulu pendek Bulu panjang

    B. HAMSTER CAMPBELL

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    11/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    (Phodopus sungoriscampbelli) Ditemukan pertama kali pada thn 1905 oleh Thomas

    Campbell. hamster ini berasal dari asia tengah, terutama banyak ditemukan di daerah

    Mongolia dan timur laut cina.

    -Umur 1 hingga 2 tahun, bila dirawat dgn baik.

    -Panjang 9 hingga 12 cm, bila sudah dewasa.

    -Jenis hamster campbell:

    (albino,panda,black

    bear,argente,opal,blue)

    - masa kehamilan hamster campbell 18

    hingga 21 hari.

    Campbells adalah lebih kecil daripada

    Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis

    ini membiak dengan cepat dan disyorkan

    supaya mengasingkan kedua-dua jantina.

    Hanya tempatkan yang sama jantinasahaja di dalam satu sangkar. Biasanya

    mereka mesra sesama mereka namun

    mereka juga bergaduh terutamanya

    apabila induk betina tercabar dengan

    yang lain. Apabila mereka bergaduh dan

    cedera, pisahkan mereka dengan segera. Namun jangan terus mengasingkan mereka

    apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau

    sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di

    kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat

    berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    12/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    C.HAMSTER ROBOROVSKI

    (Phodopus roborovskii) hamster ini berasal dari mongolia bahagian barat dan timur

    serta sebelah utara cina. roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 hingga 150 cm.

    - Umur 3,5 hingga 4 tahun bila dirawat dgn baik.

    - Panjang 4 hingga 5 cm bila sudah dewasa.

    -Jenis hamster roborovski : (normal,white face).

    Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan

    berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu

    padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka

    berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor

    hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini

    biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini jugak tidak sesuai untuk untuk

    dijadikan haiwan peliharaan yang jinak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya

    Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti

    akuarium yang mempunyai banyak permainan. Kita boleh melihat kehidupan hamster di

    dalam sebuah aquarium dan kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    13/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    D.HAMSTER WINTER WHITE

    (Phodopussungorus sungorus) ditemukan pertama kali dijadikan sebagai bahan tulisan

    dalam sebuah kajian pada tahun 1770. Nama winter white yang diberikan pada hamster

    ini didasarkan oleh perubahan warna bulu bila terjadi perubahan suhu. pada musim

    dingin, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih dan kembali ke warna asal padamusim panas. Hamster winter white berasal dari bahagian timur Kazakhastan dan

    Tenggara Siberia.

    - Umur 1,5 hingga 2 tahun bila dirawat dengan baik.

    -Panjang 7 hingga 9 cm bila sudah dewasa.

    -Jenis hamster winter white : (normal,safir,pearl,golden)

    Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan

    mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap

    manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang

    sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra,

    lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    14/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan

    sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites

    juga tidak mempunyai sejarah diabetis

    E. HAMSTER CINA

    (Cricetulus griseus) hamster ini berasal dari daerah utara cina dan termasuk dalam

    kluarga hamster berekor panjang.

    - Umur 2 hingga 4 tahun, bila dirawat dengan baik.

    - panjang maksima boleh mencapai 10 cm.

    - Jenis hamster cina : (normal,putih,berbintik2).

    Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat mesra

    dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam sangkar

    tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Mempunyai saiz yang agak kecil

    meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus kecuali ada

    yang tidak mempunyai ekor yang panjang.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    15/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Hamster cina

    Kelengkapan Memelihara Hamster

    A.Sangkar

    Terdapat beberapa jenis sangkar yang boleh

    diperolehi dari kedai-kedai haiwan peliharaan. Ukuran sangkar yang sesuai bagi seekor

    hamster ialah minimum 25 cm x 30 cm dan cukup tinggi untuk menempatkan sebuahroda mainan yang besar.

    Semakin besar ukurannya, semakin baik sangkar tersebut. Tetapi, seekor hamster

    sudah cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi ianya dilengkapi dengan mainan,

    minimum sebuah roda mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    16/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    untuk sebuah sangkar hamster adalah seperti berikut. Alasnya dibuat daripada plastik.

    Bentuk sangkar sebaik-baiknya segi empat kerana hamster memiliki kecenderungan

    membuat sarang,menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza.

    Penutup sangkar dibuat dari batang-batang besi agar hamster dapat berlatih memanjat.

    Penggunaan sangkar kayu adalah tidak sesuai kerana hamster adalah sejenis haiwan

    yang menggerit dan mempunyai gigi yang tajam. Oleh itu, sangkar kayu akan mudah

    rosak digerit atau digigit oleh hamster dan tidak selamat lagi untuk didiami. Akuarium

    juga boleh digunakan sebagai sangkar alternative.

    Sangkar seperti ini diperlukan untuk hamster yang bunting sehingga proses melahirkan

    anak. Jika menggunakan sangkar dengan jeriji besi, anak hamster yang baru lahir akanterkeluar jatuh dari sangkarnya. Tetapi, jika menggunakan akuarium sebagai sangkar,

    hanya botol minuman sahaja yang perlu disediakan dibahagian tepinya. Selain itu,

    bahagian atas sangkar perlu ditutup kerana hamster merupakan haiwan yang cukup

    licik dan mudah hilang dari sangkarnya.

    B.Bekas Makanan dan Minuman

    Bekas makanan yang digunakan biasanya diperbuat daripada plastik. Untuk tempat

    minumnya pula, gunakan botol yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat

    hujungnya. Bekas minuman yang berbentuk mangkuk atau terdedah tidak sesuai

    digunakan kerana mudah tumpah. Hamster termasukd alam haiwan yang sukakan air

    dan bekas seperti ini boleh membahayakan hamster itu sendiri.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    17/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    C. Serabut Kayu

    Kebiasaannya serabut kayu digunakan untuk mengalas sangkar hamster. Selain

    sebagai alas tidur, serabut kayu juga berfungsi sebagai penyerap urin dan bahan untuk

    membuat sarang. Serabut kayu boleh

    dibeli di kedai-kedai haiwan dengan

    harga yang murah. Penggantian

    serabut kayu perlu dilakukan secara

    rutin. Untuk sangkar yang berukuran

    kecil dan sederhana, serabut kayu

    perlu diganti 3-4 hari sekali.Penggantian serabut kayu untuk

    sangkar yang besar boleh dilakukan

    semigggu sekali kerana pada dasarnya

    hamster adalah haiwan yang pembersih. Tetapi serabut kayu yang terletak disudut

    yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaik-baiknya diganti sekerap yang

    mungkin. Penggunaan kertas surat khabar sebagai alas hamster tidak digalakkan.

    Racun yang terdapat dalam dakwat yang digunakan dalam surat khabar boleh

    menyebabkan alahan kepada hamster. Ia juga akan menyebabkan bulu hamster

    kelihatan kotor

    D. Permainan

    Permainan yang biasa digemari oleh hamster ialah roda yang boleh berputar.

    Permainan ini amat murah dan mudah diperolehi tetapi saiznya perlu diberi perhatian.

    Jangan menggunakan roda berputar yang berdiameter kecil kerana ia akan

    menyebabkan luka yang serius pada belakang hamster.Permainan lain yang boleh

    digunakan ialah lorong-lorong yang diperbuat daripada plastik. Permainan ini

    memerlukan sangkar khusus atau sangkar yang lebih luas. Di samping itu,

    membersihkan permainan jenis ini memerlukan masa yang lebih lama. Sebagai haiwan

    penggerit, seekor hamster akan gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit.

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    18/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    Sediakan beberapa batang kayu yang dapat digigit sehingga habis. Batang kayu atau

    kadbod ini boleh dibeli atau dibuat sendiri.

    CARTA GANTT PROSES PENJAGAAN HAMSTER.

    Bulan

    Minggu

    JUN

    1,2 3,4

    JULAI

    1,2 3,4

    OGOS

    1,2 3,4

    SEPT

    1,2 3,4

    a) penerangan berkenaan tugasan.

    b) mencari bahan berkaitan

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    19/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    c) meninjau kedai haiwan

    d) membuat perbandingan harga

    e) memilih hamster dan peralatan

    f) membersih dan menghias sangkar

    g) membeli hamster

    h) menbeli makanan

    i) membeli alat mainan

    j) membeli alatan mandian

    k) menyiapkan rekod kerja

    l) menyiapkan folio

    m) merekod keadaan hamnster

    n) persediaan untuk amali

    o) ujian amali

    HARI KERJA/TUGAS NAMA PELAJAR

    AHAD MEMBERSIH SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANANDAN

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    FAIZATI

    AZILAWATI

    MAYAWATI

    ISNIN MEMBERSIHKAN SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANAN DAN

    REKOD PENJAGAAN HARIAN

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    20/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    AZILAWATI

    FAIZATI

    SELASA MEMBERSIH SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANANDAN

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    AZILAWATI

    MAYAWATI

    RABU MEMBERSIH SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANANDAN

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    FAIZATI

    MAYAWATI

    KHAMIS MEMBERSIH SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANANDAN

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    AZILAWATI

    MAYAWATI

    JUMAAT MEMBERSIH SANGKAR

    MENAMBAHKAN MAKANANDAN

    AIR

    MEMANDIKAN HAMSTER

    MENGERINGKAN HAMSTER

    FAIZATI

    MAYAWATI

    REKOD INVENTORI DAN STOK HAIWAN HAMSTER

    BIL BAHAN-BAHAN TIDAK HABIS GUNA KUANTITI

  • 7/28/2019 Carta Gantt Proses Penjagaan Hamster

    21/21

    TUGASAN KUMPULAN / AMALI

    [RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN

    IKAN HIASAN]

    1 SANGKAR 1

    2 BEKAS MAKANAN 1

    3 BEKAS MINUMAN 1

    4 ALAT PERMAINAN 1

    5 HAIR DRYER 1

    6 SIKAT 1

    7 TUALA 1

    BIL BAHAN-BAHAN YANG HABIS GUNA KUANTITI

    1 MAKANAN BIJIRIN

    2 HABUK KAYU

    3 SYAMPU

    4 VITAMIN