Kk Pn Norzaini - Zaki

Embed Size (px)

Citation preview

PENGHARGAANAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga tugasan berasaskan ilmu ini diselesaikan dengan sempurnanya dan selengkapnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pn. Norzaini bt Yusof selaku pensyarah yang mengajar subjek BMM 3114 - Kebudayaan Melayu bagi kelas kami.

Sebagai warga pendidik, kita juga hendaklah mengetahui tentang kebudayaan Melayu dan menghargai sepenuhnya harapan yang disandarkan oleh pensyarah kepada kita dan berusahalah sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab terhadap tugasan yang diberi. Hal ini kerana, cabaran sebagai seorang pensyarah dan guru pelatih semakin mencabar dan kompetitif menjelang Wawasan 2020.

Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas untuk berjaya dan kejayaan tidak akan diraih tanpa pengorbanan masa dan tenaga. Sememangnya tugasan ini adalah satu perkara yang agak mencabar bagi kami kerana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran dalam melengkapkan tugasan ini.

Sehubungan dengan itu, ingin kami rakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Norzaini bt Yusof yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Melalui tugasan ini, dapatlah kami semua aplikasikan di sekolah terutama dalam pembikinan tugasan ini dalam memantapkan proses pengajaran bahasa Melayu dan menerapkan ia dari segi kebudayaan Melayu yang semakin dipinggirkan dan malah kebanyakan pelajar sudah tidak mengenali kebudayaan Melayu.

Akhir kata, kami berharap agar para pensyarah dan guru-guru saling berpadu tenaga untuk merealisasikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara ke arah kecemerlangan dan perkembangan potensi pelajar.

Sekian, wassalam.

ISI KANDUNG

BILPERKARAMUKA SURAT

12345

6

78

9101112Soalan TugasanPenghargaanKEBUDAYAAN MELAYUKonsep KebudayaanCiri-ciri Budaya - Bersifat Dinamik - Menerima dan menolak unsure tertentu - Diwarisi - Proses KesinambunganPOLITIK - Parti-parti Politik MelayuEKONOMISOSIALKonsep Kesenian - Seni Suara - Seni Gerak - Seni Rupa - Permainan TradisionalBahasa serta KesusasteraanKesimpulanBibliografiRefleksi

i

1 - 33 3 - 44 555 - 88 - 1010 - 12

12 - 1313 - 1515 - 1717 - 1818 - 1919 - 2021

KEBUDAYAAN MELAYUKonsep Kebudayaan

Apa yang difahamkan dengan budaya atau kebudayaan adalah merupakan satu konsep yang meliputi suatu ruanglingkup yang luas merangkumi keseluruhan cara hidup manusai itu sendiri. Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepaercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti cina dan India turut ambil kira.

Menurut Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, buadaya boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermaksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Bila dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa menggerakkan jiwa.

Kebudayaan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai culture, iaitu berasal dari perkataan latin cultura. Perkataan culture diterjemahkan dengan membawa maksud budaya, dan kebudayaan pula ialah terjemahan daripada cultural. Namun dalam kehidupan seharian, perkataan culture juga merujuk kepada kebudayaan. Dalam bahasa Mandarin, budaya disebut Wen Hua dan dalam Bahasa Arab disebut Thaqafah.

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim , budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Penggerak ini dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan. Ini bermaksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani, ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang diingini. Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima dan dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat. Terdapat beberapa istilah yang dikemukakan oleh ahli antropologi dan ahli budaya adalah seperti berikut:

- Pendapat Ibnu Khaldun:Budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup yang membezakan manusia dengan haiwan. Manusia mempunyai kemampuan intelek dan daya berfikir. Melalui intelek, manusia dapat berhubung serta memahami antara satu sama lain. Manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling . Proses penyesuaian melahirkan budaya yang berbeza-beza antara kawasan.

- Edward B. Tylor (1871 )Budaya ialah keseluruhan sistem yang kompleks, yang terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

- Taib Osman (1988)

Kebudayaan adalah cara hidup : Cara mengatur hidup satu-satu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari ( seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam sekitar atau world-view, dan nilai-nilai social atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

- Edward B. Tylor (1871 )Budaya ialah keseluruhan sistem yang kompleks, yang terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

- Kroeber dan Kluckhohn, 1952; Geertz, 1973 ( Ahli Sosiologi )

Budaya merujuk kepada gaya atau cara hidup manusia secara keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai, pengetahuan, perlakuan dan bahan material (material objects) yang dikongsi oleh mereka.

- Prof. KoetjaraningratKeseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar.

- Thomas J. Sullivan ( 1993 )Budaya merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang .

CIRI- CIRI BUDAYA

Kita semua tahu bahawa sesuatu masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya bagi sesuatu masyarakat itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menerangkan dengan lebih jelas akan sifat-sifat sesuatu budaya itu. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identity, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyarakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti berikut:

i. Bersifat dinamik

Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan peredaran masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat semakin dilupakan. Dari segi pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi sekarang mereka terlibat dengan sector perindustrian dan perdagangan.

ii) Menerima dan menolak unsur tertentu

Penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Contohnya orang Melayu pernah dipaksa menerima beberapa unsur budaya Jepun semasa negara ini di bawah takluk Jepun pada suatu masa dahulu. Penerimaan terhadap unsure-unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya.

Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama. Sesuatu budaya itu dapat menerima unsur-unsur budaya yang didatangkan dari luar apabila didapati budaya luar itu lebih tinggi atau lebih moden kedudukannya berbanding dengan budaya tempatan. Penerimaan unsur- unsur budaya itu disebabkan oleh beberapa faktor :

i. Unsur yang didatangkan itu belum ada dalam budaya sendiri sedangkan ia boleh memainkan peranan yang penting atau akan membawa kebaikan kepada budaya tempatan.

ii. Penerimaan unsur budaya itu dilakukan bagi menggantikan unsure budaya tempatan yang dianggap sudah semakin kurang penting peranannya.Unsur budaya luar dianggap lebih baik dari segi fungsi dan peranannya bagi kebaikan penduduk tempatan.

iii. Unsur budaya luar itu juga mungkin diterima bagi memenuhi keperluan kedudukan social bagi sesuatu golongan tertentu.

iii) Diwarisi

Kebudayaan juga boleh diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Contonya, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai,khatam Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaaannya disebabkan peredaran zaman.

iv) Proses Kesinambungan

Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Contohnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada masa sekarang. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan .

v) PolitikDi alam Melayu terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Kerajaan -kerajaan di Asia Tenggara membina empayar atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Sumatera berpusat di Palembang ( Abad ke 7 - ke 14 Masihi ) muncul selepas kejatuhan empayar Funan.Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu yang awal yang sangat bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama ini dipegang oleh Kerajaan Kantoli dan Melayu.

Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671- 685) di Sumatera , Kedah (682- 685 Masihi) hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan China-India selama 3 abad. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan itu Srivijaya telah dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya. Kejayaan Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Dasar peluasan kuasa telah member keuntungan kepada Srivijaya kerana ia telah dapat memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat Sunda.

Untuk memantapkan keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah kemunculannya sebagai pusat agama Buddha yang bertaraf antarabangsa dan pusat bahasa Sanskrit di Nusantara. Kerajaan Srivijaya tidak bertahan lama apabila diserang oleh Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025 Masihi. Jajahan Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai oleh Raja Chola. Dengan kenaikankerajaan Sukhotai, orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan Srivijaya di utara Semenanjung Tanah Melayu.

Di alam Melayu, sistem pemerintahan beraja merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja ialah ketua kerajaan yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja, penggunaan alat - alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu.

Raja memainkan peranan aktif dalam bidang ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang dipengaruhi oleh Kod Manu dan Dharmasastera.

Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai oleh seorang penglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan. Kerajaan Kedah Tua juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbiran negara. Setiap daerah diketuai oleh pembesar.

Kesedaran Kebangsaan di kalangan orang Melayu merupakan tahap awal dalam perkembangan politik. Perjuangan orang Melayu menentang pemerintahan kolonial berasaskan kesedaran bahawa kedudukan mereka semakin tertindas dan berkedudukan terkebelakang dalam perkembangan ekonomi dan politik negara. Pemerintahan colonial lebih menekankan kepada kepentingan ekonomi pemodal-pemodal barat , tetapi meminggirkan kepentingan penduduk tempatan. Para petani di luar bandar tinggal terbiar dengan kegiatan ekonomi tradisi dan tidak banyak perubahan yang dilakukan. Kemudahan-kemudahan asas tertumpu di kawasan bandar yang mempunyai tujuan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi kapitalis barat.

Perkembangan pesat sektor bandar telah memisahkan para petani Melayu yang semakin jauh daripada pembangunan.Kedudukan orang Melayu yang semakin jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi itu juga membawa kepada kesedaran kebangsaan yang semakin meningkat. Kesedaran kebangsaan itu mengandungi berbagai-bagai kepentingan yang kemudian bersepadu sebagai satu kesatuan politik Melayu. Pertimbangan politik Melayu itu mencakupi persoalan sosio-ekonomi, pendidikan, agama dan budaya. Mereka menyedari bahawa kedudukan dan identity mereka semakin tergugat.

Apabila negara mencapai kemerdekaan dari segi politik daripada pemerintahan kolonial, orang Melayu masih membangkitkan kepentingan mereka apabila bersaing dengan kelompok-kelompok etnik bukan Melayu. Semangat kebangsaan Melayu terus membara walaupun negara mencapai kemerdekaan. Mereka terus memperjuangkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara yang dilaksanakan sepenuhnya kemudian. Mereka juga mahukan budaya kebangsaan yang mencerminkan identiti negara dan Malaysia, terutama arus pembangunan yang lebih banyak meniru dan menerima unsur-unsur budaya asing, terutama barat.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, bagi melahirkan perkembangan politik demokrasi yang berperlembagaan berbagai-bagai perubahan berlaku bersesuaian dengan perkembangan semasa. Dalam kedudukan ini, kedudukan politik semakin matang. Perkembangan parti-parti politik di negara kita diperkatakan bersifat perkauman. Semenjak negara mencapai kemerdekaan, parti-parti politik muncul yang berperanan dalam menentukan kerajaan yang memerintah. Setiap parti politik yang muncul bermakna ia mencerminkan kelompok etnik tertentu. Parti politik yang memerintah negara sejak negara mencapai kemerdekaan merupakan gabungan dari komponen-komponen parti politik UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing mewakili kelompok etnik yang terbesar. Dengan itu parti-parti politik yang bergabung itu terpaksa bekerjasama dengan tujuan melahirkan kestabilan politik dan sosial.Kemunculan parti-parti politik pembangkang pula tetap berteraskan kelompok-kelompok etnik yang berbeza . Kelompok-kelompok etnik berbeza itu dapat menyalurkan kepentingan masing-masing melalui parti politik itu. Sesuatu kelompok etnik merasa selamat apabila mereka dapat menyalurkan rasa tidak puas hati melalui parti politik yang dibina berlandaskaan perkauman itu. Masing-masing berusaha meningkatkan atau meneguhkan kepentingan masing-masing terutama pemimpim-pemimpin yang mengambil kesempatan mengeksploit rasa perkauman secara emosional.

Pada umumnya, kesedaran perkauman yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin parti politik di negara ini dapat memperkuatkan ikatan atau hubungan sesuatu kaum. Walau bagaimanapun, masing-masing menyedari bahawa parti politik yang menekankan kepada perkauman tidak dapat muncul sebagai parti politik yang mampu memerintah. Mereka kekal sebagai parti pembangkak yang tidak mampu untuk menguasai kerajaan pusat. Bagi membolehkan sesuatu parti politik itu muncul di aras yang lebih luas terpaksa bekerjasama antara parti-parti politik yang berbagai-bagai kelompok etnik.

Parti-parti Politik MelayuParti-parti politik Melayu yang muncul selepas negara mencapai kemerdekaan dapat berkembang dengan baik hanya dengan menekankan kepada kepentingan orang-orang Melayu. Pemimpinpemimpin politik Melayu terpaksa bersifat nasionalis untuk membangunkan orang Melayu berlandaskan kehendak-kehendak yang bersifat nasional. Pemimpin yang bersikap liberal dan kurang mengambil berat kepentingan Melayu tidak dapat bertahan lama.

Pada peringkat awal kemerdekaan, perjuangan parti-parti politik Melayu ialah untuk menegakkan kepentingan orang Melayu secara umum, terutama membina identiti nasional yang berteraskan kepada Melayu. Dalam keadaan ini perjuangan tentang bahasa kebangsaan mendapat tempat utama . Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kemudian diikuti dengan perjuangan membina sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

Apabila isu bahasa dan pendidikan selesai dilaksanakan oleh kerajaan, isu berikutnya ialah tentang budaya kebangsaan. Isu budaya kebangsaan telah diambil perhatian serius oleh kerajaan dengan harapan melahirkan identiti nasional dan melahirkan perpaduan di kalangan kelompok-kelompok etnik yang berbagai- bagai keturunan. Dalam pelaksanaannya tidak mudah dilakukan. Keadaan budaya berbeza daripada dasar bahasa dan pendidikan. Oleh sebab itu budaya menjadi isu yang berpanjangan dan belum kelihatan suatu penyelesaian yang dapat memberikan kepuasan kepada orang ramai .

Penghijrahan orang Melayu ke bandar semakin meningkat. Tetapi penglibatan orang Melayu dalam perkembangan ekonomi luar tani masih terbatas pada paras yang rendah. Kebanyakan mereka kurang kemahiran dan kelayakan menyebabkan mereka tertumpu pada peringkat bawah. Berikutan dengan itu kerajaan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memperbaiki kedudukan orang Melayu dalam sektor bukan tani. Oleh itu, usaha menarik pelabur-pelabur asing dianggap penting dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor industri dan perdagangan. Usaha meningkatkan paras ekonomi para petani diteruskan.

Dalam perkembangan sosio-ekonomi yang pesat orang Melayu tidak ketinggalan menekankan kepada nilai-nilai kebangsaan dan agama Islam. Pembangunan social tidak boleh diketepikan dalam pembangunan ekonomi yang pesat. Parti Islam yang mendapat sambuatan baik di kalangan orang Melayu menunjukkan bahawa kepentingan agama tidak dapat diketepikan. Dalam keadaan ini, aspek kerohanian amat penting dan tidak boleh dipisahkan daripada perkembangan keseluruhan. Kepentingan Islam merupakan sebahagian daripada keperluan yang lebih luas dan tidak boleh dianggap ringan dan dipandang rendah. Malah dalam perjuangan kebangsaan orang Melayu, nilai-nilai Islam merupakan kepentingan utama. Nilai-nilai Islam merupakan sebahagian daripada keperluan dan kepentingan hidup orang-orang Melayu.

Ekonomi.Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu terdiri daripada kerajaan agrarian (kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya berasaskan pertanian) dan kerajaan maritime (kerajaan yang terletak di persisiran pantai yang member tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan berkaitan dengan laut). Perdagangan dijalankan secara bertukar barang. Kerajaan maritime pula memperolehi barangan dari kerajaan agrarian dan kemudiannya menjalankan perdagangan enterpot. Barangan yang diperdagangkan ialah hasil hutan, rempah ratus, cendana, damar dan ubat-ubatan.

Perdagangan dijalankan secara bertukar barang dengan pedagang India, China, Arab dan Eropah. Kerajaan Kedah Tua menjalankan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India. Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit, dan Melaka apabila kerajaan-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda.

Di Alam Melayu, pelabuhan-pelabuhannya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti penginapan, bekalan air, membuat dan membaiki kapal, gudang dan kawasan berniaga. Perdagangan dengan China menggunakan jalan laut kerana jalan darat tidak selamat. Sememangnya perdagangan di alam Melayu ini banyak bergantung dengan jalan perhubungan laut. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang di rantau ini mahir dalam pelayaran dan membuat kapal. Dari sistem kewangan, Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka umpamanya telah mengenakan cukai ke atas pedagang yang melalui Selat Melaka dan Selat Sunda dan cukai perniagaan. Pada peringkat awal perdagangan, sistem barter digunakan tetapi kemudian kulit siput geweng dijadikan matawang. Nilainya bergantung kepada saiz dan jenis siputnya. Selepas itu bahan-bahan logam seperti bijih timah, emas dan perak dalam bentuk ketulan digunakan. Mata wang emas diperkenalkan oleh pedagang-pedagang China, India dan Arab di Melaka pada abad ke-16. Wang Syiling digunakan selepas kedatangan orang-orang asing.

Kemunculan kerajaan Melayu amat bergantung kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan kawasan ini. Pusat pemerintahan kerajaan Melayu terletak di istana raja yang memerintah. Penempatan istana pula berasaskan kawasan strategik, dari segi penguasaan ekonomi. Hubungan penduduk kawasan ini, terutama mereka yang tinggal di pelabuhan dengan pedagang-pedagang asing telah terjalin sejak awal abad pertama. Hubungan dengan pedagang-pedagang asing member peluang kepada golongan memerintah, iaitu golongan bangsawan dan pembesar-pembesar mengambil bahagian dalam kegiatan perdagangan. Kekuatan kerajaan melayu, seperti zaman Melaka dan Acheh amat kuat bergantung kepada kekayaan yang diperolehi dari kegiatan perdagangan. Mereka menjadi orang tengah antara rakyat jelata dengan pedagang-pedagang asing. Barang-barang dari luar di bawa masuk dan ditukarkan dengan barang-barang keluaran tempatan.

Orang Melayu pada umumnya terus mengalami perubahan ekonomi sejak mereka terdedah kepada kemasukan pedagang-pedagang asing. Tetapi perubahan yang dilalui mereka tidaklah begitu pesat memandangkan perubahan itu terbatas di pusat-pusat pelabuhan. Walau bagaimanapun apabila telah wujud hubungan dengan luar bermakna kedudukan ekonomi orang Melayu semakin bertambah baik. Namun demikian, mereka terus kekal mewarisi kegiatan ekonomi pertanian. Teknik penanaman padi misalnya, melalui pengalaman dapat mereka perbaiki dari masa ke semasa.

Apabila pemerintahan kononial British membawa perubahan ekonomi pada paras yang lebih luas maka kedudukan ekonomi orang Melayu turut mengalami perubahan. Campurtangan kolonial dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu pada asasnya bagi mengisi keperluan ekonomi. Kegiatan ekonomi mereka berlandaskan kepada kegiatan kapitalis, yang berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin bahan-bahan keperluan bagi mengisi perkembangan industri yang pesat di Eropah pada waktu itu.

Perkembangan pesat bandar-bandar moden membawa kesan yang besar kepada kedudukan orang-orang Melayu. Sektor tani tidak dapat berkembang pesat berbanding dengan sektor ekonomi bandar. Sektor tani mempunyai batas-batas perkembangannya walaupun usaha pembangunan pesat dilakukan. Desakan ekonomi dalam sektor tani menyebabkan generasi muda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Berikutan pula dengan kemajuan pendidikan yang pesat mendorong orang-orang muda berusaha mengubah nasib mereka berpindah mencari pekerjaan di bandar.

Walau bagaimanapun, semasa DEB dilaksanakan bilangan orang Melayu yang berpindah mencari pekerjaan di bandar semakin bertambah. Bandar dilihatsebagai pusat perkembangan ekonomi yang penting. Orang Melayu telah membuka mata dan membina harapan untuk turut sama bersaing dengan kelompok-kelompok etnik lain dalam usaha mencari kemajuan dan kemodenan dalam bidang ekonomi. Orang Melayu juga semakin menyedari kepentingan mereka menghadapi cabaran mengikuti arus perkembangan dan pembangunan ekonomi bandaran. Kegiatan ekonomi dalam sektor bandar tidak lagi dilihat sebagai hanya terbuka kepada kumpulan etnik bukan Melayu. Orang Melayu semakin pesat meningkat di bandar. Tetapi mereka masih terlibat dalam kegiatan perdagangan secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun , ini menunjukkan mereka mempunyai harapan untuk bersaing dan memperbaiki kedudukan dan masa depan mereka.

SOSIALKonsep KesenianSeni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa ini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan kerana setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka. Seni boleh dikatakan sebagai pemilihan saluran untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan.

Menurut Kamus Dewan (2005), seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Kesenian menjadi tunjang kepada masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.

Kesenian atau seni dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : 1. Seni Suara 2. Seni Gerak 3. Seni Rupa 4. Permainan Tradisional

1. Seni SuaraSeni suara kesenian Melayu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:a. Seni Vokal.Seni vokal lahir daripada pita suara yang memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vocal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Seni vokal tanpa muzik yang selalu dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah:

i. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak.Endoi dan dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak di negeri Terengganu. Dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

iii. Marhaban, nasyid dan qasidah.Marhaban ialah nyanyian keagamaan yang memuji Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

ii. Nazam atau naban.Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riawayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.

Lagu yang digabungkan dengan muzik ialah:i. DikirDikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir berarak, dikir Rebana, dikir Pahang, dan dikir maulud. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.

ii. HadrahSejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

iii. BeduanNyanyian rakyat negeri Perlis dan diiringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diiringi dengan pukulan rebana.

iv. Dikir Barat.Nyanyian terkenal di negeri Kelantan yang diiringi dengan pukulan rebana.

v. GhazalSejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyikan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

b) Seni MuzikMenurut Kamus Dewan, Muzik didefiniskan sebagai gabungan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.

i. Muzik Tradisi Warisan Istana.Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu Tradisi tinggi dan Tradisi rendah. Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik di istana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat dimainkan dalam pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat, muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan berasal dari kerajaan Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

ii. Tradisi Muzik Rakyat.Terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik diperbuat daripada bahan-bahan disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional.

2. Seni GerakSeni gerak ialah segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Sei ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain. Seni gerak orang melayu dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

i. Seni Tari.Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian,di antaranya ialah:

a) Tarian Asli.Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu-lagu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu Tangan, Bentan, Asli Abadi dan sebagainya.

b) Tarian Ayam Didik.Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis. Tarian ini berasal daripada gerakan berlaga ayam iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Tarian ini diiringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

c) Tarian Balai.

Tarian ini berasal dari daerah-daerah di negeri Terangganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampong dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan mengelilingi balai, iaitu sejenis paying panjang berwarna-warni yang diletakkan di bawah gelanggang.

d)Tarian Canggung

Tarian Canggung berasal dri Perlis dan menjadi terkenal di negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Kata Canggung berasal dari bahasa Thai bermaksud menari. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua.

e) Tarian Siti Wau Bulan

Tarian berasal dari negeri Kelantan,ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

f) Tarian Kuda Kepang

Tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iatu mengisahkan peperangan Rasullah dan para sahabat.

g) Tarian Mak Inang

Tarian Inang terkenal di zaman kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi sekarang ditarikan di majlis-majlis sosial.

h) Tarian Zapin.Tarian ini berasal daripada Parsi. Ianya diiringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

3. Seni Rupa

Seni rupa dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

i. Seni ukir

Seni ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

ii. Seni Kraftangan

Seni kraftangan digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk member bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

iii. Seni Anyaman

Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Jenis-jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman ialah topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

iv. Seni Batik

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

v. Seni Tenunan

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana-istana raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

vi. Seni bina

Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat tinggal orang melayu. Walaupun terdapat pelbagai jenis rumah orang melayu namun struktur binaannya tidak banyak berbeza. Reka bentuk rumah-rumah melayu juga memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain di alam melayu atau di luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau.

4. Permainan Tradisional

Permainan ini juga dikenali sebagai permainan masa lapang atau sukan rakyat. Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Permainan masa lapang ini dibahagi kepada permainan orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.

Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan sebagainya. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan sebagainya.

i. Permainan Gasing.

Gasing ialah permainan rakyat yant terkenal dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu. Sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah. Permainan gasing terdiri daripada tiga jenis iaitu permainan untuk bersuka ria, pertandingan gasing dan permainan untuk pertunjukkan.

ii. Permainan Congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang . Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Sementera biji-biji congkak ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil den sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

iii. Permainan Layang-layang atau Wau.

Permainan laying-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan semangat padi. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan untuk melihat kecantikannya, diukur dari segi keindahan pada bentuknya, corak ciptaan, warna, dan keaslian ciptaannya.

BAHASA SERTA KESUSASTERAAN

Isu bahasa dan budaya kebangsaan ini telah dibangkitkan oleh orang-orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan.Desakan dan tekanan tentang isu ini dikemukan kepada kerajaan dan mengambil masa untuk dilaksanakan. Tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diterima dengan baik . Bahasa kebangsaan ini semakin kukuh apabila dasar pendidikan negara berasaskan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sehingga ke peringkat tinggi. Bahasa Melayu telah membuktikan sebagai bahasa kebangsaan yang mampu menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu masa lalu. Kemampuannya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terus mempunyai kedudukan yang baik dari segi sosio-ekonomi.Sebagai bahasa internasional, bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa moden yang menyatakan kemajuan dicapai oleh para penggunanya. Sektor swasta mengutamakan bahasa Inggeris disamping bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dalam perkembangan yang demikian, kita sekali sekala meragui penerimaan yang menyeluruh bagi seluruh penduduk dan meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang sewajarnya. Kekuatan sesuatu bahasa itu bergantung kepada pengguna dan pendokongnya.

Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan rakyat (kesusasteraan lisan) tersebar dengan meluas. Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul (nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang (berwatakkan binatang seperti Sang Kancil), cerita-cerita jenaka (Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, si Luncai dan Pak Belalang), cerita penglipurlara (Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal), dan cerita-cerita moral (Bawang Putih bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang).

Selain dalam bentuk prosa , masyarakat Melayu juga mempunyai kesusasteraan lisan yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur disamping diselitkan unsur-unsur sindiran, nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira. Kesusasteraan di alam Melayu ini juga tidak dapat lari daripada pengaruh asing terutama Hindu. Dua buah epik Hindu iaitu Mahabhrata dan Ramayana telah disadur dari bahasa Sanskrit dan dijadikan hikayat Melayu. Hikayat-hikayat Melayu itu diberi nama Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Boma. Pengaruh kedua-dua epik Hindu itu juga terdapat dalam kesusasteraan Jawa kuno seperti Nagarakertagama, Kanjarakarma, Sutasoma dan Arjunawiwaha. Beberapa buah cerita jenaka Melayu juga dipengaruhi oleh kitab-kitab Hindu iaitu Jetaka, Pancatantra dan Sukasapati.

KESIMPULAN Kebudayaan Melayu mempunyai sistem nilainya yang tersendiri berdasarkan pandangan dan penghayatannya. Nilai-nilai dalam masyarakat Melayu itu tumbuh dalam masyarakatnya dan diwarisi dari generasi ke genarasi yang berikutnya melalui proses sosialisasi. Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat. Dalam kebudayaan itu terdapat unsur politik, ekonomi, sosial, bahasa serta kesusasteraan. Pendek kata kebudayaan sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.

SUMBER RUJUKAN

BUKU

Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi.

A. Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gazali Dunia. 1992. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Md. Nor. 1996. Puisi Melayu Tradisional. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti.

Wan Abdul Kadir, (1993). Tradisi dan Moden Budaya Melayu. Petaling Jaya. Masfami Interprise.

Yasin bin Saini, (1900). Adat resam dan kebudayaan Melayu. Penang: Saudara Sinaran

INTERNET

http://bkree66.blogspot.com/.../bahasa-melayu-pgsr.html

http://bobezani.tripod.com/budaya.htm

http://galaksiilmu89.blogspot.com/.../ulangkaji-bmm3114...

http://eprints.usm.my/8249/1/Islam_Dan_Kebudayaan_Melayu.pdf

http://www.slideshare.net/5015/kebudayaan-melayu-politik-dan-bidang-sosial-fullNAMA : Mohamad Zaki bin Che AbdullahNO. MATRIK : 123261

REFLEKSI

, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya dan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan walaupun menghadapi kekangan masa. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak pengajaran dan pengalaman berharga ditimba yang tidak mungkin saya lupakan. Semasa tugasan ini diberikan, saya berasa buntu dan tidak memahami bagaimana untuk menyiapkan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan rakan seperjuangan dan pensyarah pembimbing baharulah saya memahami akan kehendak soalan tersebut. Dengan itu jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Pn. Norzaini bt Yusof kerana keilmuan dan tenaga beliau dalam memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang berkesan dalam menyiapkan tugasan ini. Juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut memberi kerjasama serta sokongan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Penjelasan serta binbingan yang telah diberikan oleh beliau telah membuatkan saya me dapat semula kekuatan dan semangat yang kental untuk memulakan tugasan ini. Saya telah berusaha mencari bahan-bahan daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku Kebudayaan Melayu, majalah daan melayari internet. Galakan dan pertolongan ahlim keluarga juga telah membuatkab saya lebih komited dalam menyiapkan tugasan ini.

Untuk mendapat kefahaman yang jelas juga saya dan ahli kumpulan telah mengadakan perbincangan dan merujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan dengan tugasan yang diberi bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan mengenai Kebudadyaan Melayu. Semoga segala ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Pelbagai kesukaran dan halangan telah saya hadapi semasa meyelesaikan gugsan ini kerana kekangan masa, beban tugas sedia ada di sekolah, kesukaran untuk mendapatkan pelbagai bahan rujukan serta kekurangan pada diri sendiri.

Alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan rintangan. Biarpun pengalaman mengatasi segala-galanya, namun saya masih merasakan kekurangan ilmu dalam mendidik dan membentuk anak bangsa ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya tugasan ini telah banyak member manfaat kepada saya dalam ilmu pendidikan khususnya dalam Kebudayaan Melayu. Sesungguhnya tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memahami tentang Kebudayaan Melayu dan perkembangannya. Sebagai seorang pendidik Bahasa Melayu, saya berasa begitu terpanggil untuk mendalami ilmu tentang Kebudayaan Melayu ini.

Akhir kata bicara, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang banyak member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya iaitu Pn. Norzaini bt Yusof, rakan-rakan seperjuangan serta ahli keluarga kerana telah member sokongan dan dorongan bagi menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Refleksi Tugasan KKBI Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103)

Syukur ke hadarat Ilahi, kerana dengan izinnya, kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.Di awal untuk memulakan tugasan KKBI ini, saya tidak dapat gambaran yang jelas mengenai konsep pengujian, pengukuran dan penilaian. Saya dan ahli- ahli kumpulan sering berhubungan melalui telefon untuk memberikan buah fikiran dan idea cara bagaimana untuk menyiapkan tugasan KKBI ini.Tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, lebih memfokuskan kepada konsep dan perinsip pengujian, pengukuran dan penilaian serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor. Di samping itu, kursus ini mengandungi jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian bahasa serta penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa.Berbekalkan nota-nota yang kami cari dari internet, buku-buku yang dipinjam dari pusat sumber dan perbincangan telefon, Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan itu.Setelah menyiapkan tugasan, barulah saya memahami bahawa dalam konsep pentaksiran, guru hendaklah mengenal pasti penujian, pengukuran dan penilaian yang merupakan konsep yang penting dalam bidang pendidikan yang digunakan untuk menentukan ciri-ciri dan kualiti setiap perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah elemen-elemen penting dalam proses membuat sesuatu keputusan dan mengukur tahap serta pencapaian murid di dalam sesuatu kelas.Pengujian merujuk kepada satu proses yang bersistematik untuk menguji perubahan tingkah laku murid-murid. Ujian adalah alat pengukuran yang mengandungi set tugasan untuk menguji tahap penguasaan murid-murid. Selepas proses pengujian, guru akan mengukur tahap dan prestasi murid-murid. Akhir sekali, guru boleh membuat penilaian dengan mengenalpasti sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

Domain Taksonomi Bloom, yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi serta peringkat-peringkatnya membolehkan seseorang guru menyediakan soalan ujian mengikut kesukaran yang berbeza serta kemampuan dan kebolehan murid. Aras Takosnomi Bloom merupakan sebagai garis panduan seseorang guru dalam membina soalan bagi menguji tahap penguasaan murid. Saya juga mempelajari cara-cara untuk membina Jadual Spesfikasi Ujian (JSU ). Sekarang saya memahami bahawa bermula dari awal tugasan pertama iaitu pengujian, pengukuran dan penilaian, seterusnya aras Taksonomi Bloom dan pembinaan JSU, ketiga-tiga perkara ini saling berkait antara satu sama lain.Dengan mengikuti kursus PGSR ini, ianya mengingatkan saya kembali mengenai cara-cara pembinaan JSU dan pembinaan item ujian yang telah lama didedahkan semasa zaman saya mengikuti kursus perguruan. Dengan kuliah yang diberikan oleh tuan pensyarah, Encik Amir Hamzah bin Yaakub, menyegarkan kembali serta bertambahlah lagi pengetahuan mengenai Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Saya berharap dengan sempurnanya tugasan KKBI ini, ia dapat membantu saya dalam melaksanakan proses pengujian, pengukuran dan penilaian yang lebih mantap dan berkesan. Kesimpulannya, semoga dengan ini, dapat meningkatkan kualiti, kesahan dan kebolehpercayaan dalam membina item ujian serta menjadikan pembelajaran murid-murid lebih berkesan dan bermakna demi melahirkan insan yang berilmu.Sekian terima kasih.Disediakan oleh,Nora bt Sulaiman,Unit : PGSR Ambilan November 09 / Bahasa Melayu.Nombor Matrik : 123250

REFLEKSI

1. ROFLI BIN IBRAHIM @ HASHIM

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan . Semasa tugasan ini diberikan, saya merasa buntu dan tidak memahami bagaimana untuk menyiapkannya. Walau bagaimanapun, setelah berbincang dengan rakan sekumpulan dan pensyarah pembimbing En.Amir Hamzah Yaakub, barulah kami mendapat gambaran dan memahami bagaimana tugasan ini perlu disiapkan.Penjelasan serta bimbingan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing membuatkan saya dan rakan mendapat semula kekuatan dan semangat yang kental untuk memulakan tugasan ini. Hasil perbincangan dan pembahagian tugas bersama ahli kumpulan,saya telah berusaha mencari bahan daripada pelbagai sumber rujukan seperti Buku Rujukan Pentaksiran Bahasa Melayu, Majalah, dan melayari Jalur Lebar. Galakan dan pertolongan daripada isteri serta anak-anak membuatkan saya lebih komited dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai kesukaran dan halangan telah saya hadapi dalam menyelesaikan tugasan ini kerana ahli kumpulan berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain. Berbekalkan semangat yang kental dan jati diri yang bersungguh-sungguh kami telah dapat bersemuka dan berbincang serta mengumpul pelbagai bahan dengan jayanya. Walaupun kami pelajar PGSR yang sudah dikategorikan veteran, kami telah cuba sedaya upaya untuk mendisiplinkan diri agar segala tugasan dapat dibuat dan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Biarpun pengalaman mengatasi segala-galanya, namun saya masih merasakan kekurangan ilmu dalam mendidik dan membentuk anak bangsa ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang. Kerjasama ahli kumpulan merupakan nadi utama terhadap kejayaan kami menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tugasan ini telah banyak memberi manfaat kepada saya dalam Ilmu Pendidikan khususnya pengetahuan dalam Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Insya-Allah segala ilmu yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi,khususnya dalam proses penyediaan item-item ujian. Kini telah timbul keseronokan untuk meneruskan pengajian bagi memperolehi segulung ijazah sebagai galakan dan cabaran kepada anak-anak dalam menuntut ilmu. Faktor usia bukanlah penghalang untuk mencapai sesuatu impian.Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, isteri, rakan-rakan, keluarga serta anak-anak kerana telah memberi dorongan , sokongan serta meniupkan semangat saya dalam menjayakan tugasan ini. Amin, ya rabbal alamin.